'Terima Kasih HKL'


KUALA LUMPUR - Gambar sebelum dan selepas seorang remaja perempuan yang menghidap masalah tulang belakang, viral di media sosial.

Nurfadzilah Rahim, yang dilahirkan dengan tulang belakang yang unik dan berbeza ini menyebabkan beliau tidak dapat berdiri dan berjalan seperti normal.

Penyakit tulang belakang yang dinamakan sebagai Scoliosis atau penyisihan lateral (ke sisi) pada bahagian tulang belakang, akibat daripada kecacatan kongenital atau keabnormalan tulang vertebra.

Difahamkan Nurfadzilah telah mendapatkan mendapatkan rawatan dan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga tahun sehingga dia mampu berdiri seperti orang biasa.

"Pujian kepada Allah SWT, sudah tiga tahun saya menjalani pembedahan scoliosis (13 Februari 2013). Saya dilahirkan dengan tulang belakang yang unik dan berbeza dengan orang lain. Banyak perubahan yang baik selepas menjalani pembedahan," katanya.


Dalam kenyataannya itu, beliau sangat berterima kasih pada doktor-doktor dan kakitangan HKL yang terlibat dalam membantunya pulih seperti orang biasa.

HKL yang kebiasaannya dikritik dari segi perkhidmatan dan layanan, nampaknya ada juga yang boleh dibanggakan. Jadi, ubahlah persepsi anda terhadap hospital kerajaan.

Sumber: http://www.thereporter.my/