Kalau abangnya dulu, Fatih, saya dah masukkan dalam walker dan biar dia belajar dalam walker ke sana kemari. Tetapi banyak kali jugalah Fatih jatuh tertonggeng dari walker sebab cuba nak mengambil mainan. Pernah beberapa kali walker terbalik sebab terlanggar mainan/bonggol semasa Fatih sedang laju berlari. Sejak dari itu, saya tak pernah masukkan anak-anak dalam walker lagi.
Fatih skipped stages. Tak meniarap, tak menyulur, tak merangkak. Tahu-tahu saja dia bangkit duduk, berdiri, cruising, berjalan dan berlari. Pada masa itu saya tak reti apa-apa lagi, jadi saya pun hooray sajalah kan.
Sebenarnya skip stages ini tidak bagus. Adalah penting untuk baby ikut stage. Stage paling penting ialah merangkak. Lagi lama merangkak, lagi bagus. Kenapa? Cuba perhatikan proses merangkak. Lihat bagaimana bayi selang selikan gerakan kaki dan tangan. Bagaimana bayi mengimbangi diri ke kiri dan kanan badan. Proses ini sangat baik untuk perkembangan otak bayi terutama sekali dalam meransang kedua-dua otak kiri dan kanan bayi. Merangkak adalah salah satu jenis enaman pertama coordination bayi.
Pernah dengar midline crossing? Tubuh kita ini ada garis pembahagi di antara kiri dan kanan badan. Bayangkan ada satu garis di tengah-tengah badan kita. Nak tahu lebih lanjut mengenai midline crossing ini, boleh rujuk occupational therapists yang terdekat dengan anda. Google pun boleh.
Apa kaitan dengan midline crossing pula?
Ada kaitannya ialah, bayi yang tak merangkak kurang praktif midline crossing ini. Kesan negatifnya, bila dah masuk preschool, anak akan ada masalah untuk menulis. Kedua-dua tangannya tak dominant dan tak competent. Jadi tak tahu mereka kidal atau right handed. Maka lambatlah anak nak pandai menulis dengan baik. Bukan itu sahaja, banyak lagi masalah lain yang berkemungkinan akan dihadapi oleh si bongsu.
Anak yang banyak praktif midline crossing ini akan ada preference tangan. Sebelah saja dominant (sama ada right atau left handed). Better daripada kedua-dua belah tangan yang tidak cekap.
Saya perasan Fatih tidak mahir duduk bersila di mana ia amat penting untuk midline crossing ini (kaki kanan bersilang dengan kaki kiri)/ Fatih suka sangat duduk bersimpuh seperti katak atau huruf 'w'. Jenuh jugalah nak melatih dia semula. Fatih masih terkial-kial lagi bila menulis atau mewarna. Ini adalah kesan daripada tidak merangkak dan duduk simpuh seperti katak. Fine motor skill dia juga masih tidak berapa lancar.
Jika anda mendapati anak anda mempunyai masalah dengan fine motor skills, walaupun masa bayi dulu dia merangkak, anda masih boleh melatih anak anda untuk mengatasi masalah itu dengan midline crossing activities.
CIRI-CIRI ANAK YANG ADA MASALAH MIDLINE CROSSING
- Bila ambil barang, dia akan capai menggunakan tangan terdekat. Contohnya tangan kanan mengambil barang di sebelah kanan badan sahaja. Tangan dia tak pernah cross badan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. Nak warna bahagian sebelah kanan, dia tukar ke tangan kanan pula.
- Pegang pensil tak kemas dan bermasalah untuk menulis dan mewarna. Nak warna sebelah kiri, dia guna tangan kri. Nak warna bahagian kanan, dia tukar ke tangan kanan pula.
- Duduk simpuh katak atau 'W'.
- Kalau baby pun, bila kepada pusing tengok objek, ada tendency kepala stop di tengah-tengah dan tidak pusing cross the midline. Jadi, mak dan ayah kena train agar baby boleh pusing kepada dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri.
- Senang cakap kalau anda mendapati anak tukar-tukar tangan ketika buat aktiviti. Bahagian kiri badan tidak pernah digunakan untuk sebelah kanan dan beigut juga sebaliknya. Maka bolehlah anda syark anak ada masalah midline crossing.
Antara midline crossing yang anak anda boleh buat di rumah:
- Lompat bintang
- Siku kiri sentuh lutut kanan diikuti dengan siku kanan sentuh lutut kiri. Pasang muzik, biar ada mood ala-ala aerobik.
- Hayun tangan ke depan, belakang, kiri dan kanan
- Tangan kanan sentuh kaki kiri kemudian tangan kiri sentuh kaki kanan
- Lontar bola menggunakan kedua-dua belah tangan
- Balance beam. Tak ada palang itu pun tak mengapa. Tampal pita pelekat di atas lantai dan suruh anak jalan atas pita itu seolah-olah tengah jalan di atas beam atau tight rope.
- Susun pinggan kertas dengan susunan zig zag. Suruh anak pijak dengan langkah zig zag juga.
- Tangan kanan pegang hanger, tangan kiri pasang sepit baju pada hanger. Kemudia tukar tangan. Tangan kiri pegang hanger, tangan kanan cabut sepit baju dari hanger.
- Butangkan baju dan unbuttoned semula
- Belajar ikat tali kasut. Pastikan kedua-dua belah tangan digunakan.
- Apa-apa sahaja aktiviti yang menggunakan hanya sebelah tangan, galakkan anak menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. Take turn for each hand.
- Bagi anak yang yang terskip merangkak, boleh galakkan anak merangkak semula. Buat secara santai, buat topeng harimau, kucing atau apa-apa haiwan comel dan ajak anak main merangkak sambil meniru bunyi haiwan tersebut. Ikut kreativiti anda agar anak tidak bosan.
Saya belajar dari masalah coordination Fatih dan praktis pada Safiyya. Safiyya merangkak lama dan tak guna walker. Dia discover sendiri teknik berjalan dengan menyorong kerusi atau bakul baju ke sana sini. Umur dua tahun sudah pandai membutangkan baju sendiri dan simpul tali.
Sekarang giliran Mus'ab pula. Biarlah baby sebaya lain semua dah start cruising. Ummi nak make sure Mus'ab merangkak dulu. Lambat sikit pun tak mengapa, janji tak skip stages.
Sekarang giliran Mus'ab pula. Biarlah baby sebaya lain semua dah start cruising. Ummi nak make sure Mus'ab merangkak dulu. Lambat sikit pun tak mengapa, janji tak skip stages.