Berhati-hati.. Mereka Guna Anak Untuk Tagih Simpati


Semalam, viral beberapa gambar seorang ibu dan empat anaknya termasuk bayi berusia 33 hari tinggal di Jalan Tunku Abdul Rahman, meraih simpati netizen. 

"Tak terkata dah, melihat anak-anak kecil ini tidur di kaki lima setiap hari," kata Hartini Mohamad. 

Gambar yang mendapat perkongsian sebanyak 3,150 di Facebook itu mengundang simpati netizen. Sehingga ada segelintir netizen yang menyalahkan kerajaan tidak membantu golongan seperti ini. 

Bagaimanapun, tampil seorang individu bernama Haliza Abdul Halim menasihatkan agar netizen tidak mudah terperdaya dengan lakonan ibu kepada empat orang anak ini. 


"Mereka sudah ditawarkan rumah perlindungan dan pusat transit. Kami juga telah menawarkan unuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya. Namun mereka lebih suka hidup begini dan mengambil kesempatan ke atas anak-anak sendiri agar orang ramai bersimpati terhadap mereka. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang memang 'prihatin'." katanya. 

Menurut Haliza, menjelang setiap malam si ibu akan membawa keluar anak-anaknya beratur untuk mengambil makanan dari NGO yang membantu golongan gelandangan. 

"Dia melepak sehingga 4-5 pagi dengan mengharapkan belas ehsan orang menghulurkan duit," katanya. 

Difahamkan, si ibu juga menerima bantuan dari pihak Baitulmal. Namun dia tetap memilih untuk hidup di tepi jalan seperti ini kerana senang mendapati simpati orang ramai, makan, duit, susu anak-anak, pampers dan pakaian.

Sumber: http://www.thereporter.my/