Singa Terkam Kanak-Kanak Ketika Siaran Langsung, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

post-feature-image
MEXICO CITY (MEXICO): Seorang kanak-kanak diterkam oleh seekor singa semasa siaran langsung dalam sebuah rancangan televisyen di sini.

Memetik The Sun, haiwan itu menarik dan mengigit kaki kanak-kanak kecil itu dihadapan ibunya selepas mereka duduk berdekatan dengan haiwan itu semasa siaran langsung program televisyen Con Sello de Mujer.

Berdasarkan rakaman berdurasi 1 minit itu, kanak-kanak itu bersama ibunya, pengacara program duduk bersebelahan singa bersama-sama dua pelatih singa.

Ketika ditemubual, kanak-kanak itu tiba-tiba mula menangis. Mungkin terganggu dengan suara kanak-kanak itu, singa berkenaan terus menerkam kaki kanak-kanak itu dan mula mengigitnya.

Budak perempuan itu mula menjerit dan ibunya yang panik terus menariknya namun ia memburukan lagi keadaan.


Salah seorang pelatih berkenaan bertindak mengambil kanak-kanak itu dan meminta ibunya supaya bertenang dan berhenti menarik anaknya itu.

Mereka berjaya memisahkan haiwan itu daripada kanak-kanak itu dan pelatih berkenaan membawa keluar singa berkenaan dari pentas.

Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pelatih berkata, singa itu hanya bermain dengan kanak-kanak itu.

Rakaman itu dipercayai dirakamkan beberapa tahun lepas, namun tersebar luas selepas dikongsi di media sosial baru-baru ini.