Apa Yang Ayda Jebat Lakukan Sampai Tak Dapat Tidur Malam? Hmm.


Nampaknya Ayda Jebat buat ketika ini enggan berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara menarik yang sedang dilakukannya malah ternyata apa yang dilakukan oleh Ayda buat masa sekarang ternyata membuatkan matanya macam orang tak cukup tidur.
Malah dengar khabarnya penyanyi ini juga tak dapat tidur malam kerana sibuk memikirkan idea untuk muzik video terbaru Pencuri Hati dalam versi dangdut! Entah macam manalah agaknya jadi video klip nanti.
Dengarnya Ayda Jebat mencuba sesuatu yang baru berkaitan #projectxt, ada kaitan ke?
Bagi nak dapatkan idea untuk muzik video terbaru itu, Ayda Jebat ada memberi sedikit bayangan bahawa mungkin produk yang sedang diujinya kini membuatkannya tidak dapat tidur di waktu malam. Mana tidaknya, kalau dah leka layan Youtube sampai pagi, memang tak sedar apa!
Tapi, jika anda ada idea muzik video ala ala dangdut untuk dikongsikan bersama, boleh saja kongsikan di ruangan komen. Ayda Jebat atau peminat suka panggil Kenid ini tidur lambat pun masih cergas. Tak percaya cuba tengok video di bawah.

Tapi kan, anda semua pernah dengar apa apa tentang #projectxt yang Ayda Jebat asyik sebut dalam video di atas? Kalau Ayda Jebat pun boleh berjaga sepanjang malam untuk layan #projectxt, kami pun mahu turut serta.
Kalau anda rajin, boleh tengok tengok hashtag #projekxt di laman sosial utama seperti Facebook, Instagram mahu pun Twitter — mana tahu boleh dapat idea apa sebenarnya #projectxt ini.
Kami lihat sendiri di Twitter yang #projectxt ini mula diperkatakan ramai dan nampaknya Youtuber terkenal, Jinnyboy juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam #projectxt ini. Tak sabar kami mahu tahu lebih dalam tentang semua ini.

Untuk Ayda Jebat, bolehlah ganti tidur nanti letih kesian awak, heh.





Isteri Persoal Ashraf Muslim Mahu Kahwin Tiga?



"Jika Ditakdirkan Saya Tak Kisah Berkahwin Buat Kali Ketiga"


Sebelum ini Ashraf Muslim menafikan desas-desus mengatakan beliau berhubung semula dengan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, namun beliau akui bahawa kedua isterinya ada bertanya kepadanya jika dirinya ingin mengambil wanita itu untuk menjadi isteri ketiga. Bagi Ashraf pula, beliau tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan dirinya akan berkahwin buat kali ketiga.

“Sejujurnya sudah lama tidak berjumpa dengan Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar tahun 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar. Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara berkenaan.

Terdahulu, Ashraf yang terkejut dengan gosip yang mula tersebar itu bersyukur kerana kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi tenang menghadapi kontroversi yang mengaitkan beliau dan Sherry Ibrahim yang baru sahaja putusa cinta bersama pelakon, Fattah Amin. Walaupun mereka ada mempersoalkan perkara itu, namun beliau menafikannya.
Sebelum itu, Sherry dalam masa yang sama turut menafikan gosip berkenaan dengan menjelaskan bahawa tiada kepentingan untuk dirinya berhubung semula dengan Ashraf. Selain itu Sherry juga meminta kepada semua pihak untuk tidak lagi mengaitkan nama beliau bersama pelakon kacak itu yang juga bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang dan mempunyai tiga anak.

Selepas Bercerai, Zila Kerja Sendiri Demi Sara Kehidupan



Melalui laporan soal jawab ringkas di Utusan Online, bekas isteri kepada Along Cham iaitu Zila Seeron menjelaskan secara ringkas bahawa dia kini sedang memberi fokus mencari pendapatan sendiri.

“Saya hendak kerja cari duit, hendak jaga anak. Saya tidak boleh bagi tahu (di mana saya bekerja). Saya kerja di pejabat,” katanya. Selain itu dia juga berterima kasih kepada pihak media kerana mengambil berat.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron telah bercerai dengan Along pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Along dilaporkan mahu memfailkan cerai nusyuz kerana mendakwa isterinya keluar rumah ke kelab malam tanpa izin dirinya.
Selain itu, dalam masa yang sama Along pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu Zila memohon maaf kepada keluarganya terhadap cerita yang direka-reka oleh bekas isterinya itu. Apa pun, semoga Zila mahu pun Along dapat menempuhi fasa kehidupan ketika ini dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang.



Tanda-Tanda Ada Makhluk Halus Berdekatan Kita


Cerita mengenai makhluk halus, hantu dan jin sentiasa menjadi topik hangat malah, jika difilemkan pun akan dapat kutipan pecah panggung.
Walaupun ramai mengatakan tidak pernah bertemu makhluk halus, ramai pula yang menempuh pengalaman yang menggerunkan itu.
Mendengar ceritanya saja mungkin membuatkan kita rasa seram dan ketakutan, apatah lagi jika merasakan kehadiran makhluk ghaib tersebut di sekitar kita.
Berikut tanda-tanda kewujudan makhluk halus di sekeliling kita:

1. Tiba-tiba rasa ada ‘orang’ lain bersama kita

Pernah tak korang rasa seperti sedang diperhatikan atau macam ada orang lain dekat dengan korang, sedangkan waktu itu korang bersendirian? Faktanya, manusia adalah makhluk yang memiliki energi atau tenaga. Energi ini dapat mengesan energi lain yang hadir di sekitarnya.

2. Bulu roma meremang atau menegak

Kadang-kadang kita mendadak merasa bulu roma di tengkuk atau tangan menegak ke atas atau meremang. Ini biasa disebut dengan istilah merinding. Hal ini terjadi secara tiba-tiba dan pada waktu yang sama, kita pun mulai rasa pelik, cemas atau takut.

3. Ketukan

Jika kita tiba-tiba mendengar ketukan dipintu atau dinding bilik atau dinding rumah, itulah antara tanda ‘popular’ makhluk halus cuba berinteraksi dengan kita. Ketukan nampaknya menjadi bentuk paling umum adanya komunikasi antara manusia dengan roh. Makhluk halus melakukan itu untuk mendapatkan perhatian manusia dan sekaligus mungkin untuk menakutkan mereka.

4. Dengar orang panggil nama kita

Kadang-kadang kita perasan macam seseorang memanggil nama kita dan suara itu seolah-olah di tepi telinga kita. Suaranya mungkin sekadar berbisik tetapi sangat jelas. Sebenarnya itulah ketikanya makhluk halus sedang berusaha menyapa kita.

5. Bau aneh atau asing

Jika hidung kita tiba-tiba tercium bau aneh atau asing, samada bau itu harum atau busuk, itu ertinya makhluk halus itu sedang sangat dekat dengan kita.

6. Mendengar suara, bunyi aneh atau seperti bergaduh

Kita akan mendengar suara-suara aneh atau gaduh atau riuh rendah seolah ramai manusia di tempat tersebut. Tapi bila kita pergi jenguk, tak ada sesiapa di situ. Bunyi aneh yang sering dikaitkan dengan kewujudan jin di tempat tinggal kita ialah bunyi tapak kaki, guli atau pasir bertaburan, benda terjatuh dan ketukan pintu.
Sumber di atas adalah perkongsian dari blog http://suaramuhajirin313.blogspot.my. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam.
Apa-apa pun jika ada percaya kepada kewujudan saka atau pernah berdepan dan diganggu makhluk halus, apa kata anda berkongsi pengalaman tersebut dengan menonton filem terbaru terbitan Astro Shaw, Aliff Dalam 7 Dimensi.
Bakal menghantui pawagam di seluruh Malaysia 8 September nanti, filem arahan Faisal Ishak ini dibarisi pelakon hebat seperti Juliana Evans, Aliff Satar, Kaka Azraff, Izzue Islam, Hasnol Rahmat dan ramai lagi.
Sumber : Astrogempak

16 Sebab Kenapa Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki


Perempuan ni kalau dia dah sayang seorang lelaki tu, dia akan sayang seorang je la. Tiada kedua atau ketiga, dan dia akan setia pada seorang. Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan kamu secara tiba-tiba.
Pada masa itu, kamu sendiri akan tertanya-tanya apa salah kamu yang telah kamu lakukan terhadap dia. Mungkin kamu merasakan dia kejam tapi kamu tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat kamu itu.
Tapi kalau kes lain tu, aku tak tahu lah..kita fokus kepada 16 sebab kenapa wanita tawar hati? Sebenarnya nak bagi banyak lagi tapi kita ambil poin yang penting-penting sahaja

. Sering ditipu

Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal pekenalan pun kamu sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar kamu diberi kemaafkan tapi masih terus menipu.
Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa.
Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.

2. Tidak mengambil berat

Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama teman, games ada masa pula…setakat nak tanya khabar buah hati tak ada masa.
Kadang-kadang what apps online tapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun dah baca mesej. Konon korang ingat dia dah jadi awek atau tunang korang so “tak perlu nak take care sangat” sebab rasa “memiliki” dan “zon selesa” tak sama macam zaman nak tackle dulu.
Itu adalah silap besar, semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat..habis tu kalau dah nikah nanti kau boleh tinggal-tinggalkan bini kau macam tu aje ke sebab dah “memiliki keseluruhan”…

3. Curang

Curang ni banyak kategori tapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tak berbunyi melainkan kamu tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ni dah ada tunang, so memang la tunang dia ni untuk dinikahi tapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak tu? Lepas tu terkantoi mesej mesra dengan perempuan lain. Alasan saja suka-suka tapi setia pada yang satu. Kalau setia tak adanya spare-spare stock suka-suka.

4. Panas baran

Paling perempuan tak suka adalah sikap panas baran. Ada je masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti yer…api tak boleh lawan api…carilah penyejuk.

5. Suka maki hamun

Bergaduh je semua perkataan kesat dah keluar. Perempuan akan fikir, jika sebelum nikah dah pandai memaki hamun..mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.

6. Terlalu ego

Lelaki memang ego tapi kalau sampai tak boleh bertolak-ansur dan tak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala hotak sendiri je.

7. Tidak pandai pujuk

Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.

8. Tidak serius dalam hubungan

Konon hubungan dah lama tapi tanda-tanda serius itu tak ada. Nak ajak bertunang pun tidak..inikan pula nak ajak kahwin. Tapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada.
Don’t trust words, trust actions

9. Tidak tetap pendirian

Hari ini cakap macam ni, esok cakap macam tu.. Bak kata orang “jenis tak boleh pakai punya orang”. Kamu sendiri tidak pasti dengan apa yang kamu lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.

10. Kurang memahami

Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

11. Suka kongkong dan memaksa

Kongkong boleh tapi ada limitnya, jangan cemburu buta. Kamu suka dia jadi orang yang kamu nak tapi bukan kamu menerima dia seadanya.

12. Tidak percaya

Semua benda nak siasat. Nak perempuan percaya dia tapi lelaki langsung tak percaya. Krisis sikit mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini.

13. Kedekut dan berkira

Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?

14. Suka pinjam wang perempuan

Makin bagi muka makin naik lemak..lastly pijak kepala. Kalau dah perempuan kena tanggung kamu..janganlah jadi lelaki. Kalau lelaki tu “bermaruah” dia takkan pinjam duit perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah jenis buat perempuan macam mesin ATM.

15. Tidak ikhlas

Niat asal kamu untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada “udang sebalik mee goreng mamak”, mungkin sebab wanita tersebut berduit, pangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan. Jika wanita itu bijak dan perasan teknik kamu yang cuma nak jadi perasit sahaja lebih baik cepat-cepat cantas perasit tersebut. Sebab? tak perlu nak tanggung biawak hidup yang memang menyusahkan.

16. Diabaikan

Orang lelaki masa mula2 nak mengorat org perempuan bkn main lg bsggh. Bg ayat manis tahap diabetes. Tiap hari msj & call pujuk rayu itu ini tp bila dh dpt ht prempuan tu, korang buat tak tahu pulak.
Sejujurnya, org perempuan tak suka diabaikan. Bila dia commit dgn kau maknanya mmg dia gilakan perhatian korang. Faham tk?
So, hargailah orang yang masih bersama dengan kita di saat susah senang. Bila sudah tiada jangan menyesal sudahlah.

Tragedi Mengerikan Yang Berlaku 10 Hari Sebelum Merdeka Yang Ramai Tak Tahu


Pada 20 Ogos 1957, Platun 12 Kompeni D, 5 RAMD telah ditugaskan untuk mengambil alih kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang. Berdasarkan maklumat risikan pasukan keselamatan, Leftenan Hassan dimaklumkan bahawa pihak komunis sedang merancang untuk melakukan sabotaj semasa majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebaik sahaja menerima maklumat dan mendapat kebenaran, Leftenan Hassan telah bergerak ke Ladang Getah Waterfall untuk menyiasat pergerakan komunis di kawasan tersebut. Ketika anggota seksyen membuat rondaan, mereka mengesan kehadiran komunis di kawasan tersebut. Pada jam 5 pagi, 21 Ogos 1957, Leftenan Hassan bersama anggotanya bersiap sedia untuk membuat serang hendap terhadap kedudukan komunis. Kawasan yang dipilih adalah kawasan berpaya.

Pada mulanya Leftenan Hassan melihat seorang komunis wanita bergerak menuju ke arah kawasan serang hendap. Beliau melarang anggotanya menembak kerana khuatir masih ada komunis yang berhampiran. Tidak lama kemudian, muncul seorang lagi anggota komunis lelaki bergerak menuju ke kawasan tersebut untuk membasuh muka. Sekali lagi beliau melarang anggotanya melepaskan tembakan. Mereka menuggu hampir 10 minit. Malangnya tiada pergerakan dalam jumlah besar anggota komunis ke kawasan serang hendap. Leftenan Hassan membuat keputusan mengekori jejak pengganas komunis tersebut.
Tidak lama bergerak dari kawasan tersebut, beliau ternampak 2 pengganas komunis tadi bersama seorang lagi membawa pek, beg dan senjata. Mereka telah meninggalkan beg dan pek di pangkal pokok getah sebelum bergerak ke lereng bukit berhampiran. Leftenan Hassan telah menugaskan beberapa anggotanya memantau lokasi barang tersebut manakala beliau bersama anggota yang lain mengekori komunis tersebut.
Kelihatan dari jauh, sekumpulan penoreh getah bergerak menuju ke arah komunis yang sedang berdiri. Melihat keadaan itu, Leftenan Hassan telah menembak salah seorang komunis. Dua orang lagi berlari menuju ke arah tempat barang ditinggalkan tadi. Kumpulan penoreh getah tadi turut melarikan diri.

Siasatan telah dilakukan ke atas barang tadi dan menemui bekalan makanan, barang kemas, duit dan dokumen bertulis. Berdasarkan siasatan, dokumen tersebut mengandungi rancangan komunis untuk menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Antara dokumen yang ditemui ialah peta Stadium Merdeka dan susun atur kedudukan pemimpin negara berada ketika pengisytiharan kemerdekaan.
Rupa-rupanya, kumpulan penoreh getah bukanlah penoreh getah tetapi pemimpin komunis dari seluruh Tanah Melayu yang datang untuk bermesyuarat dan berbincang untuk melaksanakan sabotaj tersebut. Lanjutan daripada penemuan barangan tersebut, pihak keselamatan telah membuat tangkapan menggagalkan cubaan komunis mensabotaj hari kemerdekaan. Seramai 35 orang pengganas termasuk pemimpin mereka yang berada di Ladang Waterfall telah berJaya dikesan dan ditangkap.
Sumber : PanggilanPertiwi


Gadis Ini Dendam Kakaknya Yang Halang Dia Berkahwin Dengan Ustaz, Tapi Sebenarnya…


Kekasihku ustaz… Ini sekadar perkongsian hati & juga peringatan buat semua gadis.. 2 tahun yang lepas, aku berkenalan dengan seorang lelaki..dia berkhidmat dengan badan beruniform dalam msa yg sama dia seorang ustaz..kacak..aku sangka dia beriman..penuh ilmu di dada..aku hormat..saat bertemu buat pertama kali, aku buka pintu hati aku seluas-luas alam ini buat dia..
alhamdulillah..doa aku untuk kenal dengan lelaki baik utk dijadikan teman hidup telah termakbul..masa tu dunia aku rasa bagaikan syurga..sebuah proses perkenalan yang singkat..membawa kami kepada perbincangan untuk menikah..kebetulan masa tu aku semester akhir diploma..mak abah setuju..siapa tak nak menantukan seorang ustaz..betul tak?
baik..ceritanya begini..masa hangat isu nak kahwin tu, kakak aku call..beza umur kakak dengan aku 10 tahun..dia cakap hentikan semua..aku masih muda..kenapa perlu kahwin katanya..lg satu kakak aku cakap sekalipun nak kahwin, kahwinlah dengan lelaki lain..aku geram, aku sedih..aku jd bengang dengan kakak aku..kau dah kenapa nak sekat kebahagiaan aku? aku dendam dengan kakak aku..tapi takpe..dunia aku masih indah bersama dia..semua rancangan kami dah atur..
sebaik saja tamat diploma, aku balik kampung..jalani hidup macam biasa..cuma aku dengan dia dah jarang berhubung..tak sama macam aku study dulu..siang malam ada khabar berita, ada saja cerita nak dikongsi bersama..kali ni semua berubah..hari ni aku SMS dia panjang berjela, esok lusa baru dia nak balas..itupun sepatah saja..aku syak ni semua kerja kakak aku..bertambah la dendam aku dekat kakak..huh..
nak dijadikan cerita, 8 bulan selepas tamat diploma, kakak aku koma seminggu..then kakak aku kembali menghadap ilahi atas sebab ‘kematian otak’..seriously benda ni berlaku secara mengejut..seminggu kakak aku koma, seminggu tu lah aku duk update dekat ustaz tu..dia balas nak tak nak..ada kadang-kadang langsung tak balas..takpe..
kakak aku selamat dikebumikan siang tu..kuasa Allah..malam tu jugak aku dapat tahu ustaz tu sebenarnya bercinta dengan orang lain..semua terungkai lepas kakak aku tak ada..tahu tak apa aku rasa masa tu? aku rasa nak panggil kakak, nak peluk minta ampun & maaf..aku marah dia, aku dendam dengan dia gara-gara seorang lelaki..sampai akhir hayat kakak aku..aku tak tahu kakak aku maafkan aku ke tidak..
aku jadi penyiasat sekejap lepas semua terbongkar..aku cuba cari perempuan tu..aku tanya semua..sampai aku dah dapat semua jawapan, aku blah..dan dia memang macam tak ada perasaan terkejut atau rasa bersalah..ye betul ni soal jodoh..tak ada jodoh aku dengan dia..kahwinlah korang..silakan..
kakak aku yang kedua ada cakap..kakak aku yang meninggal tu ada firasat..let say dia rasa benda tu tak elok, memang tak elok la..kalau dia rasa akan ada benda tak baik berlaku, emmm tak lama lepas tu memang berlaku betul-betul..cuma aku yang tak sedar kenapa dia beria sangat tak bagi aku kahwin dengan ustaz tu..sanggup dia call aku hampir setiap hari..pujuk aku suruh putuskan hubungan tu & cari lelaki lain..
dan sekarang aku tahu ustaz tu tengah rancak persiapkan majlis perkahwinan dia..sementera aku sibuk sambung degree..even dah 2 tahun berlalu kisah aku dan dia, kakak pun dah tak ada..semuanya aku simpan dalam ingatan ni..buat semua gadis yang membaca andai post ini disiarkan, jagalah hati kamu..dan jangan sesekali membentak andai ada ahli keluarga yang menasihati..
hilang kekasih bisa dicari ganti..tetapi andai hilang keluarga..?? renung-renungkan..untuk kakak, maafkanlah adikmu ini..sesungguhnya aku jahil dalam mengenal erti cinta..moga syurga buatmu kakak..untuk ustaz dengan pasangan, selamat menjalani alam bahtera rumah tangga..moga mendapat keberkatan & kebahagiaan.
Sumber : Ohbulan

‘Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Saya Mula Tidak Berkira Dengan Adik Beradik’


Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.. Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya.. Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”
Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..
Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..
Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “
YaAllah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin
Share dan tag pada adik beradik kita.. Bagitau dia yg kita sayang dia.. Sama2 aminkan doa di atas.
Sumber : Ema Azi

‘Saya Minta Maaf, Saya Buat Silap’ – Zila AF



Penyanyi Nor Azilah Seeron, 28, atau Zila memohon pembelaan berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan bekas suaminya, pelawak Along Cham pada 12 Mei lalu.
Zila selaku defandan mengangguk faham ketika Hakim Syarie menyebut semula tuntutan nusyuz yang difailkan plaintif iaitu bekas suaminya Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 namun memohon pembelaan menerusi peguam syarie mewakilinya, Nurul Aini Yusoff.
Abdul Halim telah membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.
Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.
Sementara itu, bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi disebabkan sikapnya yang malas memasak.
Zila ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada pagi Isnin enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraiannya.
Bagaimanapun Zila sempat memohon maaf kepada semua di atas kesilapan dilakukannya, selain dari itu hanya perkataan ‘no komen’ yang keluar dari mulutnya.
Zila diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa Isnin.
Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.
Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.
Sumber : Astrogempak

Akhirnya Kantoi Siapakah Amran Fans Yang Sebenar..Ini Pasti Membuat Peminat Terkejut..

PECAH Tembelang !! Akhirnya Kantoi Siapakah Amran Fans Yang Sebenar..Ini Pasti Membuat Peminat Terkejut..




Memang betul-betul misteri pemilik ‘Amran Fans’ ni. Ramai yang dah tidak sabar ingin ketahui hal sebenar. Amran Fans yang boleh dikatakan agak bernas pemikiran, kelakar, dan bla bla. Haishh siapakah ‘Amran Fans’yang sebenar?




Pada April yang lalu Amran Fans telah mengadakan perasmian sebuah buku berjudul ‘Amran Fans’ di PWTC. Apa yang peliknya Fadzil Zahari dan Yana Samsudin turut hadir pada majlis perasmian tersebut. Dek kerana itu juga ramai peminat Amran Fans hadir untuk bertemu Amran Fans yang sebenar tetapi sehingga kini siapakan Amran Fans yang sebenar masih belum didedahkan.
Fadzil Zahari



Fadzil Zahari Hadir Ke Perasmian Buku Amran Fans






Tetapi……… saspek yang disyaki ‘Amran Fans’ ialah Fadzil Zahari sendiri kerana hadir di majlis pelancaran buku ‘Amran Fans’ sedangkan pelbagai krisis yang menimpa antara isterinya dan pemilik Amran Fans. Nak tahu contohnya apa boleh lihat artikel ini ‘Amran Fans Tulis Surat Jemputan Kepada Yana Samsudin‘. Lagipun rata-rata peminat Amran Fans telah meneka Fadzil Zahari ialah Amran Fans tersebut. Opss!












Logik ke si Fadzil Zahari itu Amran Fans?
Agak-agak logik tak suami pelakon Yana Samsudin yang dikatakan sebagai Amran Fans? Penulis rasa ada logiknya apabila melihat post dari Amran Fans dan Fadzil Zahari yang hampir sama. Maknanya rajin bebenor Fadzil Zahari melayan Amran Fans punya post. Paling penting komen yang paling pertama pula tu. Ehem!




Fadzil Zahari Tampil Mohon Maaf Kontroversi Gambar Seksi Diana Danielle
Agaknya apa yang korang rasa?


Tekejut Tengok Wajah Sebenar Ibu Nelydia & Uqasha Senrose (4 Gambar)



Sebelum ini, pelakon wanita hebat seperti Nora Danish, Lana Nordin dan Emma Maembong telah berkongsi gambar wajah ibu mereka masing-masing di laman Instagram untuk tatapan peminat setia. Semuanya mendapat pelbagai respon dari pengikut-pengikut mereka.

Sebentar tadi pula ialah giliran aktres jelita, Nelydia Senrose untuk mendedahkan wajah sebenar ibunya yang belum pernah dilihat orang. Agak mengejutkan kerana raut wajah ibu Nelydia seakan serupa dengan pelakon arwah Rosnah Mohd Noor.

Perkara ini turut disedari oleh salah seorang pengikut kekasih Qi Razali itu di laman Instagram. Apapun, ibu Nelydia memang cantik dan menawan dengan mengenakan tudung








Astaghfirullah,SUNGGUH BIADAB !!! Pasukan-Pasukan Israel Mengubur anak-anak Palestina Hidup Hidup ((T0L0NG BAGIKAN AGAR SEMUA MUSLIM TAHU INI))





 # Apa yang ada dalam benak hati anda setelah lihat f0t0 diatas, apakah mendiami ataukah hanya diam saja tutup mulut serta telinga serta berpura-pura tidak paham, mari sebar luaskan inf0rmasi ini supaya semua 0rang di semua dunia tahu kebiadabanya. ASTAGHFIRULLAH. Tidak ada yang memiliki kesangsian mengenai aktivitas tiran pasukan Israel di Palestina di semua dunia. Mereka mulai tingkatkan itu 10-20 th. paling akhir. Dalam rekaman harian Anda dapat memiliki c0nt0h aktivitas tiran pasukan-pasukan Israel di mana mereka yang mengubur anak-anak Muslim hidup hidup.

      #  tidak ada 0rganisasi disini untuk menutupi kesibukan tiran seperti yang yang pasukan Israel. Di sisi lain, 0rganisasi internasi0nal yang c0c0k manusia per0leh diaktifkan waktu mereka saksikan satu hal di negara-negara Muslim. Mereka diaktifkan waktu mereka saksikan salah di Asia.

     #   0rganisasi-0rganisasi internasi0nal yang terkait dengan hak asasi manusia juga tidak diaktifkan waktu mereka memiliki kesibukan kekejam
        pada Muslim di Birma. Mereka tetaplah tenang dan nikmati partai mereka di Er0pa dan Amerika. Mereka hanya memiliki tanggung jawab untuk mengambil aksi pada negara-negara Muslim. Mereka tidak diijinkan untuk menyampaikan satu hal pada negara-negara yg tidak Muslim.

     #   Mereka juga diperintahkan untuk mengambil aksi pada negara-negara yg tidak melibatkan keperluan Er0pa dan Amerika. Sampai Anda bisa menyampaikan 0rganisasi internasi0nal tidak untuk manusia mereka telah di buat hanya untuk kebutuhan mereka sendiri, bukanlah untuk kesejahteraan manusia.

       # Sistem diskriminasi telah diawali dari hari pertama waktu mereka mempunyai kemampuan tetapi sesudah 9/11, per0leh keras. Mereka mulai maksud Muslim terutama dan tidak mau men0l0ng mereka dalam tiap-tiap masalah. Hal yang sama berjalan di Palestina, anak-anak yang mati demikian banyak tetapi tidak ada resp0n dari semua 0rganisasi yang dimaksud.

       # MARI KITA D0AKAN BERSAMASEM0GA SAUDARA KITA DIPALESTINA DIBERI KESABARAN DAN KEMANANGAN ((AMIIN)

      #  ((T0L0NG BAGIKAN AGAR SEMUA MUSLIM TAHU INI))