Padan Muka! Mulut Jangan Celupar Sangat.



Bismillahirahmanirahim.
Terima kasih admin sebab siarkan cerita saya. Sila hide profile saya. Tq.

Okay aku trgerak nak cerita pasal kes misteri yg aku pernah alami. Bukan apa, aku memang Agak minat alam2 mistik ni. So aku saje nak share kot la ada orang minat juga alam mistik mcm aku. Sebelum tu nak bgtahu, cerita ni mmg pengalaman aku, dan Agak panjang juga laa.

Okay, nama aku sya, aku dulu study kt ipta di utara semenanjung. Okay mula mula masuk sem1, biasa la kena duduk hostel, aku ni mmg xpernah duduk hostel selama hidup aku, tu first time la. Aku ni jenis peramah, semua org aku nak tegur seriuslii. Plg kuat pon aku akan senyum then ckp hai. So ada satu malam ni, ada la dalam pukul 11 lebih kot, aku basuh baju, biasa la budak hostel basuh baju mlm2 kan tp nk djadikan cerita,malam tu tk ramai basuh baju, kira ada la dua tiga orang je kt aras aku ni. Eah aku level G la plg bawah sekali. Hostel 4 tgkat. Aku ni hati kering gak ah, cuci je baju even xramai pon orang, apa aku kisah janji baju aku siap cuci kann. Dah siap siap cuci baju tu nak ampai la kt ampaian, time tu dh sunyi dah,semua dh msuk bilik msg2, msa nak ampai baju tu, aku nmpk ada Minah ni berdiri membelakangi aku kt ampaian tu, rambut panjanggg, wangii, aku tknampak muka dia, so dengan gatal mulut nya aku tanya dia, saje tegur, yela baru msuk sem kan kena la ramah, aku tnya nama, dia jawab sepatah je, “mira”. Aku tnya lagi buat apa kt ampai ni, dia diam je, so aku tnya balik bilik kt level brape, dia agkt tgn tnjuk 4. So aku ohh okay jela kan xkuasa dah la nk tnya lebih2. Dah dia xnk pndg aku kan. Kang mcm syok sndiri je. Haha. Aku pon meruskan sidai baju tu, aku tnduk nak amik baju dlm baldi, then bila aku agkt muka aku tgok dia dh takde. Sekelip mata hilang, aku pon buat tk tahu jela pstu aku msuk bilik tidur Ah dh lewat kan. Esoknya saje jela aku check nama mira level 4. Sebab aku ni ketua aras la kiranya, jd aku ada list nama setiap level. So aku check, then yg trkejutnya, aras 4 tu bilik semua kosong, xde orang masuk lagi. Dan xde orang nama mira kt block tu. Dah tu aku borak ngn siapa semalam??? Start dari haritu aku dh xde nk tegur2 sesapa lg dah yg aku xkenal. Hahaha. Cuak la weh kang salah tegur lagi kang. Nasib baik xdemam wehh.

Ni cerita dekat rumah sewa lak, time tu aku dah sem4, aku praktikal time tu. Dalam rumah sewa tu ada 6 orang semuanya masuk aku la. Dua orang senior. Yg lain baye aku jela. Rumah tu ada 3 bilik tidur, bilik master aku, lina dan ana. Yg medium senior 2 org tu sbb dorang adik beradik, yg bilik kecik tu sorang je nama dia atin. Okay mula mula masuk tu okay je xde masalah la harmoni je rumah, haha, xde la harmoni sgt pon biasa la perempuan kan. Okay memula sekali yg xbestnya bila aku start Bau yg busuk, bukan busuk biasa biasa weh, busuk tahap bangkai skala 10. Busuk gila. Tp Bau ni kadang2 je ada, tp bila ada Bau tu mesti time maghrib time time senja. Busuk yg teramat sangat laa. Kiteorg cuba gak cari apa yg busuk tu kann, tapi xde lak jumpa bangkai cicak tersepit pintu ke bangkai tikus tercekik tulang ke. Semua tkde. Tu yg peliknyaa. So weekend kiteorg adakan operasi kemas rumah besar besaran. So kemas la bilik masing2, time aku syok syok lap tingkap, aku trnampak gumpalan rambut trselit kt bunga plastik yg trgantung kt dinding ats tingkap tu. Bunga tu mmg ada je situ msa mula mula masuk, yg xde nya rmbut tu. Segumpal weh, banyakkk. Trfikir juga cmne leh terbang rmbut smpi atas tu siap brgumpal bagai kann. Takkan la kena tiup angin ke takkan la bebudak ni sangkut rmbut dorang kt situ. Tinggi kot weh. Kena panjat kerusi kot nk sangkut tu. Haha. Aku pon tnya la lina dgn ana ni kot la dorang malas nk buang rmbut gugur tu kt tong smpah so dorang sangkut kt situ. Xmengaku la semasing. Gila punya kerja kann. Hahha. Lina ngn ana ni dh cuak dah, aku pon decide Ah nk buang rmbut tu sekali dgn bunga2 tu juga. Pastu settle Ah. Lepas kemas kemas tu, tenang la kiteorg dlm seminggu dua.

Lepastu jadi balik, tapi lain lak kesnya. Ni main gas lak, satu rumah Bau gas weh, pdhal xde sape yg masak. Kot ada pon xkan la amnesia kot lupa tutup api lepas pakai kan. Yela siapa xcuak tiba tiba Bau gas kuat, kot meletop rumah jpg apa xdapat. Selalu juga Bau gas ni, tapi lepas tanggal kepala dapur gas tu, dah xde dh Bau. Then, tgh tgh malam main tutup lampu tutup kipas. Ajak bergurau memalam, siang xnak lak bergurau kan. Satu malam tu, si atin ni kena kacau. Tgh syok tidur, tiba tiba kipas ni off. Dia trjaga ahh sebaab panas kan, then masa dia nk on balik kipas tu, dia trpegang tangan yg mana kukunya terasa panjang, permukaan tgn nya kasar sekasarnya. Terus xjd on kipas. Haha esoknya dia demam. Demam terkejut namanya.

Yg si senior dua org tu lak suka keluar dating smpi lewat malam, balik rumah dah 1 2 pagi, mana la benda tu tak mengikut kann. Malam tu lepas balik dari dating mcm biasa, dorang lepak2 dlm bilik borak la kan, time tu kiteorg dh tidur dahh. So dorang nak tidur dah time tu, tiba tiba dengar ada benda cakar tingkap dorang, igtkn perasaan je kan, lepastu kerap kali dengar lak, okay korang bayangkan siapa je yg nk bergurau tgh tgh malam cmtu then siapa je gigih nak panjat tangga sebab rumah kiteorg tgkap 3. Tu tak lain tu mmg benda mengikut la kan dh balik lewat cmtu kann. Aishh dh nasihat tk nak dengar, nasihat kawan xnak dengar nasihat boypren dengar. Haha. Since haritu dorang dh xkeluar balik lewat dahh. Cepat je balik, xde dah wayang midnight. Hahaha.

Yg ni jd kat bilik aku lak, aku dgn lina ni mmg suka layan movie kt laptop sambil bergelap dlm bilik, si ana ni jarang ada rumah sebab rumah akak dia dekat2 situ je. So aku ngn lina ni layan jela movie kan tpi mengadap pintu ahh saje nak amik cahaya dari bilik depan iaitu bilik senior. Hahaha. Diorang pon tgh mengadap kiteorg time tu buat asaimen smbil mengadap laptop dorang. Aku ngn lina syok syok jela layan movie ni, biiasa la movie free dpt link dari fb. Haha. Okay tiba tiba je time tu aku rsa mcm ada org pandang, kita kan boleh nmpk melalui ekor mata kan, hah cmtu la aku nampak mcm org tgh perhati je. Bulu roma tkyah cakap la dah terpacak dah. Lepastu tiba tiba dpt chat fb dari senior depan bilik ni, dia kata “jangan pandang belakang kt bucu dinding (yg dkt dgn tgkap aku cerita td tu), ada benda mata dia merah, badan dia besar berbulu panjang, tgh duduk pandang korang” zupppp habis baca terus rasa nak kencing, aku ngn lina dh saling pandang dah, tapi aku jenis degil kan, aku pandang juga ye memang betul apa senior tu cakap. Nafas dh mcm lari pecut hussain bolt dh wehh. Terus aku bangun on lampu. Hampeh betul kasar permainan dia. So malam tu mmg aku ngn lina xdpt tidur la kann, malam tu juga dengar orang berjalan hentak kaki yg mmg jenis orang badan besar. Lepastu dengar bunyi guli jatuh , dengar orang seret kerusi la. Logik ahh main guli, seret kerusi tgh tgh malam tu kann. Mmg xtidur wehhh, smpi esok paginya. Bukak la surah yasin, ayat kursi 3qul semua laa. Mmg xdpt tidur la malam tu.

Kemuncaknya esok ptg tu, balik dari kerja (praktikal) dh petang time tu dekat maghrib dahh. Dah mandi Ah siap siap nak solat bagai kann, lina ni tgh bergayut dgn boypren dia. Aku nak solat nak bentang sejadah bagai, dah nak angkat takbir dah, tiba tiba kt sejadah tu timbul something seolah olah tulisan cina xcina siam xsiam entahla xtahu la bahasa apa tu, makin lama makin tebal tulisan tu, Allah sumpah terkejut time tu, tp yg perasan ada no rumah kiteorg. Apa lagi terus bungkus masuk plastik jela sejadah tu. Yg lain dh start cuak, ada yg dh nangis. Then xtunggu lama dah, kiteorg amik apa ptot pastu keluar rumah pergi rumah mmber si senior ni kt tgkat bawah. Time tu dh habis isyak dah, aku ngn lina apa lagi pergi surau kt bawah tu nak cari orang surau la kononnyaa, tp surau dh kosong. Tapi kebetulan ada pakcik ni kt belakang surau tu tgh dukung cucu dia. Aku ngn lina terus Ah pergi kt pakcik ni, tiba tiba cucu dia menangis kuat gilaa, aku pelik Ah, then pakcik tu cakap ada benda mengikut kiteorg. Rupanya aku bukan dgn lina je time tu, tapi bertiga. Ada kat blkg aku. Allah time tu dh xtahu nak cakap apa dahh. Pakcik tu suruh ikut pergi rumah dia, kiteorg pon pergi laa kebetulan pakcik tu pandai ubat ubat benda cmtu. Kiteorg bbawak pkcik tu pergi rumah kiteorg, smpi je dia ckp ada benda dalam rumah tu, ada orang hantar. Pakcik tu bawak geng2 surau dia, so ramai la kan, pastu tiba tiba jiran sebelah kiteorg keluar rumah marah2 kiteorg, buat apa ramai ramai depan rumah dia.

Kiteorg mmg xbertegur dgn jiran tu sbb dia scary. Haha. Mcm sesuatu so xberani Ah nk tegur. Jiran ni sorang laki sorang pmpuan, yg laki tu keluar pastu terus masuk rumah kiteorg tgok tgok keliling pastu dia masuk bilik aku and guess what, dia pandang tepat kt tempat kiteorg jumpa rambut bergumpal tu, then dia bengis keluar bilik tolak pintu pastu cakap mana ada hantu, korang yg jd hantu kot. Menjerit2 tk tentu pasal. Kiteorg trus pelik sebab mana ada kiteorg sebut ada hantu ke apa kt dia. So nampak sgt kan? Koranng faham kan?? Lepastu pkcik and the geng azan kt setiap penjuru bilik, pastu tabur garam keliling rumah tiba tiba bau busuk sgt keluar tp lepas bape minit bau tu terus hilang.alhamdulillah pakcik tu cakap benda tu dah keluar dari rumah. Pakcik tu cakap ada orang hantar, orang tu dengki dgn kiteorg, tapi jgn risau sebab pakcik tu tahu siapa hntr. Keluar je dari pintu rumah tu, pakcik tu pandang rumah jiran sebelah then dia cakap hati hati dgn org sebelah tu,jgn pandang mata dia jgn tegur dia. So dari situ kiteorg tahu la siapa yg hantar benda tu. Start dari haritu semua pulih mcm biasa.alhamdulillah. ikhtibar dia, korang jgn rasa semua suka korang, pastu pilih rumah sewa yg nk duduk tuu.jgn main masuk je. Dan kalau nak jadi peramah tu biar bertempat, kalau duduk rumah sewa tu jaga la adab juga adab berjiran, senang cerita jaga segalanya laaa And sorry sebab confession pnjang sangat.padan muka.hahaha.tapi semua based on true story.trust me. Tq sebab baca. -sya

Sumber -> www.iiumc.com/