Salam
semua. Aku tak ada nak confess apa2 pun. Sekadar nak cerita pasal arwah kawan
aku.
Nama
dia Amirah. Aku dgn dia memang jauh beza lifestyle. Langit dengan bumi. Amirah
ni dadah, rokok, clubbing, pukul orang, ugut orang, ko bagi la kat dia. Aku ni
pulak dibesarkan dalam family yg kuat agama. Kami kenal start darjah lima.
Sampai tingkatan 3 kami satu sekolah. Memang dia lah bff aku walau berlainan
gila. Taktau la kenapa, tp aku rasa dia jujur. Dia tak ckp kasar, biasa je.
Dia
tak berlagak kuat walaupun aku pernah tgk sendiri dia pukul budak laki sampai
lembik. Masa umur aku 21, aku dpt offer kerja yg best. And aku tinggal menyewa
dgn amirah. Setiap hari amirah minum arak. Smoking. Bukan pall mall kotak biru,
dia smoke betul punya surya aceh tu. Perokok tegar. Solat tak pernah.
Malam
jumaat je start bersiap nk pegi clubbing. Aku mula rasa tak best. Maybe sbb
dulu aku budak lg, jd tak rasa nak menegur. Bila dah besar tp dia masih macam
tu, aku rasa sedih gila. Lama aku dgn amirah jd housemate. Sampai umur 25.
Beberapa bulan sebelum dia meninggal, dia ada ckp kat aku, “Wei, jangan jd mcm
aku. Kau, semayang jgn tinggal. Dadah arak rokok semua ni, haram. Kau jgn
tayang aurat.
Kau
jgn buat semua ni”, sambil2 tu tangan dia tgh tunjuk serbuk yg dia tgh
sedut..dia gulung duit seringgit nak sedut masuk hidung. Masa tu, 1st time air
mata aku menitik nitik mmg tak berenti utk Amirah. Aku tak tersedu sedu tp air
mata aku tak berenti. Aku tau amirah dah high…fly entah jadi unicorn ke apa..
masa tu aku pegang tangan dia, aku kata “sudah lah. Ko kerja hebat. Ko
educated.
Ko
jgn buat dah benda ni. Tlg stop semua ni once and for all.” Amirah sengih,
pegang pipi aku, dia kata “4 tahun serumah doh. 15 tahun kita kenal. Knp skrg
baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye….hahahhahahaha…..” Lepas tu dia
tidur. Lama. Esok tu dia tak pergi keje. Aku tgk dia still tidur dekat meja
dapur. Sepanjang aku kerja hari tu, aku betul2 tak tenang. Aku serabut sgt,
rasa hati ni dikoyak2.
Aku
terkesan sgt dgn apa amirah cakap. Betul, lama gila aku kawan dgn dia. Tp aku
tak pernah tegur kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat. Aku tak pernah
halang masa dia amik high heels kat rak kasut utk pergi clubbing. Aku terapkan
sikap jgn campur hal org. Tanpa aku sedar sbnrnya aku dah jd kawan yg teruk.
Aku nak masuk syurga sorang. Balik tu, amirah tengah makan megi.
Dia
nampak bersih dari hari2 biasa. Maksud aku, dia sanggul rambut, pakai tshirt
besar and sweatpants. Tak mcm selalu, boxer singlet rambut serabai. Dia ajak
aku makan. Dia betul2 biasa. Takde bangkitkan hal semalam. Time tu aku tekad,
dia nak kata aku ustazah pun, kata lah. Janji aku nk dia stop semua yg dulu sbb
aku syg dia.
Aku
ajak dia solat. Of course lah dia gelak je. Aku sorok lighter dia. Dia gelak
lagi, and pegi cucuh rokok guna api dapur gas. Aku sengaja bukak channel
tanyalah ustaz kuat2, dia sengih masuk bilik pastu pasang lagu cradle of filth
dia. Aku tak putus asa. Aku buat hari2. Tiga hari sebelum amirah meninggal, dia
jenguk kepala kat bilik aku. Masa tu aku tengah main sudoku. Dia ajak mandi
pool kat bawah. Aku cakap malas sbb dah mandi. Pastu dia kata “jom solat”. Aku
buat2 biasa dan jawab aku dah isyak.
Dia
ajak jugak solat la apa2 pun. Aku cakap “boleh, jom tido dulu. Nanti aku kejut,
kita tahajjud”. Dia cakap ok. Malam tu, kitorang bebetul tahajjud. Bilik asing
tapi pintu bukak. Bilik aku bertentangan pintu dgn amirah sbb dia kata depan
Allah dia nak sorang2 tp dia taktau solat. So dia ikut je apa aku buat dari
sebelah. Last sujud, bapak lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk, aku
tdur dah. Aku tunggu dekat sejam kot. Dia tak angkat2 kepala. Esok aku bangun,
amirah dah keluar.
Aku
pelik jugak sbb hari ahad. Takkan dia kerja. Aku keluar nak buang sampah,
terjumpa dia tengah keluar lif, bawak breakfast. Lps tu kitorg makan, amirah
tanya aku, dia baik tak. Aku cakap boleh lah drpd tak ada. Everything seems
normal.. sembang biasa.. amirah tak solat, still smoke and minum beer petang
tu. Aku tak tau kenapa aku tahan lg bila dia tak smyg, rokok..mksud aku, aku
tahan utk tak marah. Tp bila dia amik beer, aku rasa menggelegak hati. Aku amik
beer and baling kat peti ais.
Suara
aku memang tinggi. Aku sakit hati sgt. Aku mengamuk petang tu. Aku jerkah
amirah puas2. Tapi satu ayat dia yg buat aku stop and masuk bilik. “Lambat
sangat kalau ko nk concern mcm ni, babe. Aku tak kuat sorang2.” Esoknya amirah
tak keluar bilik. Aku pergi kerja macam biasa. Tepat 7pm aku sampai rumah.
Amirah atas sofa, dengan muka yg sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja
penuh dgn’barang masak’ dia. Aku memang lembik lutut. Air mata aku tak keluar
tapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa utk aku sedar amirah betul2 dah tak
ada. Aku jerit.
Aku
nangis. Aku rasa bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati, kehilangan.
Aku call ambulans, and after semua procedure setel (story ni akn jd lg pnjg
kalau aku cerita proses hospital, polis, kebumi arwah), aku duduk tepi bilik
amirah dgn empty soul. Hari ni aku last kat rumah ni. Aku dah berenti kerja.
Aku nak balik stay dgn fmly. Aku perlu masa nk hadam apa yg jadi. Memandangkn
saving aku byk, aku decide utk tinggalkn semuanya kt sini. Sepanjang aku drive
nk balik kmpg, aku berulang2 kali flashback ayat amirah. “Lambat sangat kalau
ko nak concern macam ni, babe.
Aku
tak kuat sorang2.” Korang, kalau syg kwn, jgn jd mcm aku. Dan jgn perkecilkan
mslh kawan. Jgn jugak lari dr kwn yg nmpk teruk. Diorg perlukan kita. Diorg
betul2 nk kita ada. Chiow. – Fatin