Jus Nanas Sebenarnya Boleh Hilangkan Batuk Berkahak Lebih Berkesan & Cepat...


Musim demam selesema dan batuk berkahak ni, elok sangatlah anda cuba keajaiban nanas kisar. Minuman ini mampu rawat batuk anak kecil lingkungan umur 1 tahun ke atas. Lagi bagus, minuman ini juga boleh hilangkan kahak dan batuk tanpa minum ubat batuk.

Apa yang anda perlukan ialah:

Kisar 1/2 biji nenas 
1/2 in halia
Sedikit madu (jika suka)
  
1. Gunakan nanas yang manis, jangan nanas muda.

2. Jika mahu lagi sedap anda boleh tambahkan dengan 2 sudu makan madu lebah. Kisar ketiga-tiga bahan dengan 1 cawan air masak. 

3. Setelah kisar, tapis hampas buah untuk ambil jus nanas. Kemudian masukkan dalam botol dan simpan dalam peti untuk dinikmati.


Saranan minum:
Minum pagi dan malam sebelum tidur untuk hilangkan batuk. 
Untuk permulaan anda disarankan guna 1/4 biji nanas dan sedikit halia (anggaran setengah inci dibahagi 2). 

Rahsia ini bukan kanak-kanak je, orang tua pun boleh amalkan untuk sembuh dari batuk. Selamat mencuba!