Viral VIDEO VIP Malaysia Jatuh Dalam Sungai, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku MENGEJUTKAN!



Menjadi viral di laman sosial memaparkan sebuah video kononnya seorang VIP Malaysia terjatuh ke dalam sungai pada satu majlis perasmian kompaktor sampah.

Namun ia tidak benar sama sekali malah kejadian tersebut berlaku di India. Video itu, yang telah menjadi bahan jenaka internet, dikatakan produk ciptaan Agensi Inovasi Malaysia.

Malah kapsyen video itu juga mendakwa bahawa pelancaran kompaktor itu telah dilakukan oleh seorang timbalan menteri.

Video yang berdurasi selama 35 saat yang telah tersebar luas di laman Facebook dan Whatsapp itu menggunakan lagu My Heart Will Go On sebagai lagu tema dari filem Titanic 1997 sebagai muzik latar ketika kompaktor itu dilihat tenggelam.

Walau bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya berlaku di Goa, India, dua bulan lalu, melibatkan Datuk Bandar Panaji Surendra Furtado.

Video itu sebenarnya menunjukkan kejadian sebuah mesin rumput karam, bukan jengkaut sampah seperti yang didakwa.
Insiden memalukan itu berlaku apabila mesin tersebut, yang dinaiki Surendra bersama orang lain semasa demonstrasi di St Inez Creek, terbalik kerana terlebih beban.

Datuk Bandar, bersama-sama dengan lima pegawai dan seorang wartawan telah memanjat di atas mesin itu yang direka untuk muatan dua orang.

Tidak ada yang cedera dalam kejadian itu.