Tips Mudah Buat Faraj Isteri Basah Sebelum Bersetubuh
Faraj yang basah memainkan peranan yang penting ketika bersetubuh. Faraj yang kering akan membuat isteri berasa sakit atau ngilu.
Malah faraj yang kering juga adalah antara punca utama yang membuatkan wanita gagal puas dan klimaks dalam hubungan seks.
Selain daripada membuat isteri anda sakit, dan gagal klimaks, salah satu implikasi lubang faraj kering ketika bersetubuh adalah kesan melecet dan melepuh pada lubang faraj isteri. Ouch!
Oleh itu untuk menikmati hubungan seks yang penuh nikmat, dan sekaligus membuat isteri anda puas sepenuhnya, anda harus pastikan faraj isteri anda benar-benar basah sebelum anda mula mendayung.
Cara Buat Faraj Isteri Basah Tanpa Bersetubuh
Cara terbaik ialah memanjangkan tempoh foreplay, atau lakukan foreplay dengan teknik yang betul.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa tip dan teknik di luar persetubuhan yang boleh membantu membuat faraj isteri basah dan menjanjikan hubungan seks yang lebih nikmat.
Anda boleh membantu isteri anda membuat faraj beliau lebih basah secara semula jadi dengan tip-tip berikut:
1. Rangsang perasaan dia.
Bermain cinta dengan isteri anda seperti anda dukung dia ke tempat tidur atau anda beri dia hadiah atau anda bermain sms lucah sepanjang hari atau sentiasa bersikap romantis dengan isteri anda.
Apabila isteri anda terbit perasaan sayang atau rasa cinta yang meluap – luap pada anda, dia pasti tidak sabar untuk adakan hubungan seks dengan anda.
2.Banyakkan Minum Air
Faraj kering selalunya disebabkan oleh kurangnya cairan dalam badan wanita. Oleh itu galakkan isteri anda untuk minum lebih banyak air setiap hari, bukan sahaja ketika ingin bersetubuh.
Seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan, minum antara 8 hingga 10 gelas air sehari. Kurangkan juga pengambilan minuman yang tinggi kafein seperti kopi dan teh.
3.Omega 3
Asid lemak seperti Omega 3 adalah antara ramuan yang boleh mengurangkan faraj kering dan membuat faraj lebih basah. Antara sumber utama asid lemak adalah seperti ikan salmon, ikan tuna, dan juga Vitamin A, B dan Beta Carotene.
Anda boleh mendapatkan Omega 3 sebagai makanan tambahan untuk membantu buat faraj isteri basah.
4. Pembersih Wanita Semulajadi
Beli kan pembersih wanita semula jadi sebagai hadiah kepada isteri. Elakkan isteri anda dari menggunakan pembersih wanita yang berasid atau beralkali.
5. Minyak Zaitun
Minyak zaitun telah digunakan sejak zaman dahulu kala sebagai bahan untuk melembapkan faraj. Gosokkan satu sudu minyak zaitun pada faraj setiap kali selepas mandi. Amalkan dua kali sehari, iaitu pagi dan malam.
Bukan sahaja faraj isteri anda akan mudah basah, malah faraj isteri lebih lembut dan gebu dengan khasiat minyak zaitun.
Foreplay Untuk Pastikan Faraj Isteri Basah Ketika Bersetubuh
Tip di atas adalah antara cara untuk membuat faraj isteri basah tanpa bersetubuh.
Walaupun tip-tip di atas boleh membantu, cara terbaik untuk membuat faraj isteri anda lebih basah dan bersedia adalah ketika hubungan seks.
Cara terbaik untuk membuat isteri anda bersedia dan memastikan faraj beliau benar-benar basah ketika seks adalah dengan memanjangkan proses foreplay, dan melakukan foreplay dengan teknik yang betul.
Jika anda telah membaca artikel-artikel saya sebelum ini tentang kepentingan teknik foreplay, anda pasti tahu bagaimana teknik foreplay yang betul memainkan peranan yang sangat penting untuk memuaskan isteri anda di ranjang.
Permainan foreplay yang betul bukan sahaja boleh membuat faraj isteri basah sepenuhnya, tetapi juga akan memastikan isteri anda benar-benar bersedia untuk orgasme sehingga pancut.