Karangan Anak Buat Hati Rita Rudaini Jadi Sayu


Beberapa hari yang lalu, Rita Rudaini menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu gambar memaparkan karangan hasil tulisan yang ditulis oleh anaknya Airit Rayyan Rizqin kini berusia tujuh tahun.

Karangan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu membuatkan hati Rita Rudaini menjadi sayu.

Antara lain, Rayyan menulis mengenai ibunya yang suka warna putih, memasak untuk dirinya dan adik, Airit Qaqa Arjuna, 5, setiap hari dan menjaga mereka dengan baik.

Malah, gambar yang dimuat naik turut membuatkan ramai peminat terharu. Sehingga hari ini, gambar itu mendapat lebih 20,000 tanda 'likes'.


Malah, Rita turut mempersoalkan kenapa Rayyan melukis gambar mereka bertiga sedangkan karangan yang perlu dibuat ialah mengenai ibu. Rayyan kemudian menjawab gambar bertiga barulah lengkap. 
Baru sampai umah..Penat,letih,stress,sedih..smuanya terubat bila baca ni...ticer ryan tunjuk n bgtau arini kena buat karangan psl ibu..dan kena lukis pic ibu..tp ryan lukis 3 org..ticer tanya 'kenapa lukis ryan n adikmok skali?' Ticer bgtau ryan jwb 'lukis 3org baru cukup'. Mommy hepi sgt tp hati mommy sayu...hati anak mommy baik.
Untuk Info, pelakon berusia 40 tahun itu sudah empat tahun hidup sebagai ibu tunggal. 


Rita sebelum ini mengakui Rayyan antara pendengar setia yang selalu mendengar keluhannya setiap kali berdepan masalah.