Mula Bisnes Dengan Modal RM400, Wanita Ini Kongsi Tips Jana Berpuluh Ribu Sebulan Pada Usia 26 Tahun.


Sudah menjadi adat dalam berniaga, adakalanya untung dan adakalanya rugi. Yelah nak berjaya ni bukannya senang. Mesti ada saat jatuh dan bangun barulah perniagaan berjaya dan dikenali. Yang penting teruskan usaha dan jangan putus asa.
Kalau ada yang asyik bagi alasan nak berniaga tu, jom baca kisah inspirasi dari wanita cantik ini. Mula bisnes hanya berbekalkan modal RM400 dan sekarang mampu menjana pendapat berpuluh ribu sebulan. Dah ada produk kecantikan jenama sendiri pulak tu. Kagum!

Dua tahun lepas, modal pertama RM400 sahaja



TIPS BERGUNA bagi sesiapa yang nak mulakan bisnes. Ni ikut cara bihan 2 tahun yang lepas. Kalau sapa nak ikut boleh ikut, sapa rasa saya tak betoi tak payah ikut. Hanya nak share dengan hampa sebab ramai pm, watsapp macam mana nak mula bisnes.
2 tahun lepas, bihan pun tak berapa banyak modal. Modal pertama RM400 sahaja. Kalau yang tak ada modal langsung, mulakan dengan DROPSHIP. Apa itu dropship?
DROPSHIP
– hanya promote
– tak pegang stok
– keuntungan kecil (RM 3 – RM 10 untuk 1 produk)
Simpan duit keuntungan sampai ada RM400-RM500. Jangan joli kalau ada untung. Gunakan sebaik mungkin. Apply jadi agent. Agent untung makin besar.
Cerita hal bihan tadi modal RM 400, idea sendiri tak tiru sapa sapa. Bihan gabung 5 barang jadi SET KENING TANPA CUKUR. Asha Nordin masihkah kau ingat? Idea aku time tu takut barang tak laku habis lenyap duit aku RM400. Rezeki ada. Rupanya sehari dah habis jual semua barang. Haha. Nak bisnes kena berani tanggung risiko.

Jual barang yang up to date & orang guna setiap hari



Time tu dapat keuntungan bersih RM 2k++
Bila dapat keuntungan RM2k++ Bihan hanya guna RM200 reward diri penat lelah meniaga.
Selebihnya rolling duit beli STOK. Dalam RM2k++ beli stok, Bihan dapat untung RM5-6k. Dikala orang lain dibuai mimpi indah tidoq dalam selimut bertemankan ekon yang sejuk, kami dua laki bini 3-4 pagi duk packing barang tu perkara biasa. Sebab apa sampaj 3-4 pagi? Sebab order terlalu banyak. Sehari sampai 150-200 parcel kami perlu isi. Campoq pening. Salah tulis borang, macam-macam hal. Perut dah sarat duduk membongkok tulis postage.
Macam mana nak dapat order sebanyak tu?
Cari barang yang orang guna setiap hari, barang up to date, barang tu bila orang tengok lain dari yang lain. Sekali scroll tengok post kita, esok dia termimpi sampai dia akan beli.
Update testimoni terbaru. Yakinkan pelanggan baru.
7 pagi suami bangun pi kerja bawak sekali parcel nak pos. Time lunch curi masa makan pi pos barang. Sian suamiku. Tqqq syg berkorban Mohd Faiz.

Sebulan sales mencecah RM20-30k, buat sistem gaji dan bonus nak naikkan semangat


Bihan buat benda yang sama sampai seminggu cecah RM10k-RM15k sale. Tiap-tiap minggu acc kena block weyyy sebab heavy transaction. Time tu tak ada company account lagi.
So, Bihan sarankan sapa yang buat online bisnes, WAJIB ada current account. Kalau tak, menyusahkan diri anda. Belajar dari kesilapan. Time tu jugak kami tolak tawaran sebagai cikgu. ” Eeee penat belajaq tinggi2. Duk rumah ja. Nanti takdak pencen” “rugi masa hang ja mengaji”
Ramai orang pertikai time tu. Sampai rasa down! Kalau aku tau rezeki aku kat sini, aku tak mengaji dah. Allah atoq elok dah aih. Time tu baby Arissa 3bulan. Boleh jaga anak depan mata suami pun depan mata.
Bila buat istiqarah,apa yang saya buat sekarang adalah jawapan yang saya dapat dalam istiqarah.
Ok sambung lagi. Bila dah sebulan boleh capai RM 20-30k time tu rasa banyak sangat dah. Rolling lagi duit untung beli stok. Boleh nak shopping, tapi jangan lebih bajet.
Lagi senang buat sistem gaji setiap bulan. Kalau income lebih dapat bonus untuk diri sndiri. Bonus ni salah satu cara bagi naik semangat lagi nak menega. Contoh kalau hampa taram nak dapatkan IPHONE sebagai reward diri, boleh!! Kumpul duit gaji sampai cukup. Kalau amik masa 3/4 bulan pun tunggu! Sabaqqq.

Jangan beli stok sampai duit simpanan habis, beli sikit-sikit rolling keuntungan buat modal

Sampailah setahun lebih juai set kening tu, bihan melabur puluh-puluh ribu keluarkan produk sendiri dan kilang di Malaysia. Time tu ada yang nak jatuhkan Bihan cakap foundation Bihan ni hanya “rebrand”. Kau ingat senang jemah nak rebrand? Kenapa tekstur foundation i elok ja. Kalau dikorek-korek masukkan dalam bekas lain mesti la huduh ye dokkk tekstur dia logik di akai hat tu la.
Takpaa! Anggap orang nak menjatuhkan kita, lagi kita bangkit usaha. Buktikan yang benar. Lagi ramai orang suka kita lagi ramai orang benci kita. Sikit tak ambik port apa orang nak cakap. Yang penting reja kami betoi tak menipu orang.
ANDA JANGAN BELI BARANG/STOK SAMPAI DUIT SIMPANAN HABIS TERUS. BELI SIKIT-SIKIT ROLLING KEUNTUNGAN BUAT JADI MODAL SETERUSNYA. LASTLY, BARANG TAK LAKU, DUIT PUN TAK ADA *banyak yang jadi camni. Ramai pernah cerita kat Bihan.
Alhamdulillah, harini penat usaha lelah kami berbaloi. Memang tak sangka, dari saja-saja angan meniaga bisnes sampai dah jadi owner product. Tak sampai setahun, alhamdulillah wishlist semua tercapai pada umur 26. Berkat doa umi abah Natrah Salleh.
Sapa yang rasa nak ikut boleh ikut, sapa rasa saya salah maafkan. Saya budak baru belajar.
Semua orang boleh berjaya. Jika kita tengok orang lain boleh tak mustahil kita tak boleh! Sapa nak bisnes, mula kan cepat jangan tangguh-tagguh.
Paling penting solat dhuha jangan tinggai.
Ikhlas,
OWNER BGM, bihan
sumber: Nurulnabihan Pinksjetfuel