Ekoran Tidak Setuju Dgn Atlet RIO Diberi Ganjaran Pencen Seumur Hidup, Ini Tindakan Pesara Tentera MENGEJUTKAN!


Seperti mana yang kita tahu, kini sedang berlangsung Olimpik Rio 2016 di mana dua penerjun negara kita iaitu Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah berjaya merangkul pingat perak bagi acara platform berirama 10 meter wanita. 

Malah, mereka merupakan atlet Malaysia yang pertama berjaya merangkul pingat di Olimpik. Oleh itu, mereka diberi ganjaran sebanyak RM600,000 (berkongsi) serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang untuk seumur hidup yang bermula serta merta.

Namun, seorang pesara tentera yang dikenali sebagai Rozzeli bin Pin telah membuat laporan polis gara-gara tidak bersetuju dengan ganjaran tersebut. Bagi dirinya, ramai lagi pejuang negara yang patut diberi ganjaran sebegitu. 

"Saya mempertikaikan pemberian tersebut dan berasa tidak wajar kerana banyak lagi pejuang-pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis yang berkhidmat dan berjasa tidak diberikan ganjaran sewajarnya," katanya. 
Gambar salinan laporan polis yang dibuat oleh beliau itu telah tersebar meluas di laman sosial sejak semalam dan telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen. 

Laporan tersebut telah dibuat pagi Sabtu lalu di Balai Polis, Gurun, Melaka.