Ibu Rantai Kaki Anak Di Tiang Kerana Enggan Hadir Kelas, Apa Yang Orang Ramai Buat Kepada Ibu Itu Amat Mengejutkan.



BEBERAPA keping gambar memaparkan seorang murid perempuan dirantai di sebatang tiang lampu dalam kawasan pangsapuri, tersebar menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Insiden yang dipercayai berlaku di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, Selangor itu sekali gus mencetuskan amarah netizen yang tidak setuju kanak-kanak tersebut diperlakukan sedemikian.
Menerusi gambar itu, murid berkenaan yang mengenakan pakaian seragam sekolah dirantai di sebuah tiang lampu, manakala sebotol air dan  beg sekolah diletakkan di sebelahnya.
Difahamkan, murid itu dipercayai dirantai oleh ibunya kerana enggan hadir ke kelas Bahasa Cina.
Menurut satu sumber, murid itu dibebaskan kira-kira jam 7 petang oleh pihak polis setelah orang ramai membuat aduan.
Sementara itu, ibu murid berkenaan telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat.