Buta Selepas Disimbah Asid, Kucing Ini Masih Sayang Dan Percaya Pada Manusia....


Jun lepas, manusia yang tidak berhati perut telah menuang asid di muka seekor kucing berwarna oren, menyebabkan kucing tersebut buta sebelah mata.

Kucing terbiar daripada California ini terpaksa mengemis mencari makanan, kasih sayang dan tempat tinggal, namun siapa lah yang mahu pedulikan kucing buta ini pada permulaannya.

Namun, kucing malang ini bernasib baik apabila seorang wanita mengambilnya pulang untuk dijadikan peliharaan. Tetapi, kisahnya sengsaranya tidak berakhir disitu.

Wanita yang mengambil kucing tersebut segera membawa kucing berkenaan kepada klinik haiwan, namun doktor yang merawat seakan putus harapan untuk merawat kucing tersebut selepas pelbagai cara dilakukan oleh mereka tidak berhasil.
Penyudahnya, doktor menasihatkan agar kucing tersebut dimatikan supaya kucing itu tidak sengsara.
Pemilik kucing berkenaan menghubungi Pusat Jagaan Haiwan Milo's, sebuah pusat jagaan yang merawat dan menjaga haiwan-haiwan kurang upaya dan terbiar.
Diberi nama 'Thomas Trueheart", pusat jagaan ini segera memberi rawatan sedaya mampu, dan menakjubkan, Thomas kini sihat sepenuhnya
Thomas kini mampu mengiau dan bermanja dengan manusia disekelilingnya, walaupun manusia juga yang hampir meragut nyawanya suatu ketika dahulu.