Dalam kehidupan masyarakat
kita, adalah sesuatu yang jarang sekali kita dengar kaum perempuan akan
membicarakan atau meminta melakukan hubungan kelamin terlebih dahulu.
Nota: Bagi anda yang memiliki suami yang kurang berghairah di
ranjang, sangat penting untuk mencuba tips ini.
Keghairahan seorang suami ibarat minuman panas, bila di
letak ais batu minuman itu tentu akan menjadi sejuk, seperti itulah dapat di gambarkan nafsu seorang suami.
Semangat ghairah itu akan sejuk dengan sikap dingin dan rasa
malu yang menguasai anda yang sebenarnya berkeinginan merasakan kehangatan
cinta yang memuaskan dari suami.
Dalam hubungan suami isteri amatlah penting untuk
bertoleransi dalam hubungan intim, apabila seorang suami memiliki keghairahan
yang sukar untuk di bangkit maka di sinilah peranan seorang isteri sangat di perlukan
untuk melakukan sesuatu yang membangkitkan keinginan suami pada anda.
Buanglah rasa malu yang menghalang anda
untuk memberikan kebahagiaan pada suami, dan rasakanlah keindahan nikmat
apabila berdekatan
suami, kerana keindahan dalam sesuatu hubungan intim antara suami isteri
adalah keindahan yang
di redhai oleh Allah SWT.
Seperti mana yang di nasihatkan oleh Sayyina muhammad
Al-Baqir kepada kaum wanita ”wanita yang baik di antara kamu adalah, wanita yang
membuang rasa malunya ketika dia membuka baju untuk suaminya dan memasang rasa
malu ketika dia berpakaian semula”
“InsyaAllah isteri yang mahu mengghairahkan suami akan
memperolehi keredhaan dan barakahnya”
Jika anda seorang isteri yang belum pernah mengajak suami
untuk berhubungan intim maka cubalah melakukannya, pasti anda akan menemui sesuatu yang bebeza iaitu sesuatu yang bukan
sekadar yang terindah.