(Video) Penyamun Perut Buncit Berleluasa Di Bangi



1 September, Kami suami isteri keluar petang tadi dalam jam 4 petang. Tetapi mak ada di rumah. Kami balik semula jam 7.15 petang. Bila masuk rumah, tengok laptop yang memang diletakkan di atas meja berhari-hari dah tak ada. Terus tanya pada mak kalau dia ada simpankan. Tetapi mak kata tak ada. Mak pun pelik sebab mak ada saja di ruang tamu sepanjang kami keluar kecuali jam 6 petang, mak masuk bilik sebentar untuk solat asar.

Terus kami periksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sangkaan kami tepat. Ada seorang lelaki usha rumah kami. Dia datang dengan motosikal dan park jauh dari rumah. Dia datang rumah, tengok sliding door, selak-selak langsir memang confirm nampak laptop kami. Itu yang membuatkan dia nekad untuk mencuri. 


Kemudian dia cuba membuka pintu kayu tetapi gagal. Mujur kami kunci, kalau tidak, tak dapat bayangkan dia masuk dan terserempak dengan mak pula di dalam. Bahaya betul.  

Selepas itu, dia mendapat idea bila ternampak ada cermin tingkap berhampiran meja terbuka. Dia ambil penyapu jiran untuk tarik laptop itu terjatuh di atas kerusi. Kemudian dia menarik kerusi itu ke tingkap dan ambil, terus cabut. 


Patutlah tengok kerusi beralih kedudukan, sedangkan kami sudah kemas elok-elok. Penyapu pula ditinggalkan, mak ingatkan itu adalah penyapu baru untuk sapu karpet. 

Jiran kata, semasa balik kerja ada ternampak lelaki ini datang dengan motosikal dan berkelakuan mencurigakan. Kami pun pergilah buat laporan polis. 

Kemudian, polis datang beramai-ramai tengok video rakaman CCTV. Mereka keluarkan gambar dan tunjuk pada saya. Mak aih! Orang yang sama! Pernah melakukan kegiatan pecah rumah di Bangi. Tetapi itu tiga bulan yang lalu. Dia juga masih menggunakan motosikal yang sama, Yamaha 125 berwarna maroon. Jiran juga mengesahkan lelaki itu menungang motosikal yang sama. 



Menurut polis, lelaki itu memang selalu melakukan kerja itu. Cuma dia senyap seketika. MOdus operandi memang di waktu siang dan berseorangan sahaja. Dia juga disyaki memecah masuk rumah budak-budak student dan curi 7-8 buah laptop. 

Hasil siasatan polis pada penduduk di sekitar perumahan, tiada sesiapa yang mengenali lelaki itu. Mereka syak lelaki itu bukan orang sini. 

Berhati-hatilah, kalau ada sesiapa yang mengenali lelaki ini, sila maklumkan kepada saya untuk membantu siasatan dan menangkap lelaki ini. Sedih, laptop kesayangan yang dibeli dengan duit yang dikumpul sendiri. Banyak memori di dalamnya. Gambar-gambar dan kerja-kerja kami. Itu yang lagi berharga. 

Doakan pencuri ini dapat ditangkap dan elakkan dari orang lain terkena. - Eima Rima