Sebuah perkongsian video kanak-kanak perempuan menangis bila mendapati kakaknya, Meeiah Tolentido 16 sedang datang bulan.
Kanak-kanak tersebut dipercayai menangis kerana tidak memahami tentang mestruasi atau haid dan menganggap kakaknya bakal meninggal dunia.
Video yang dikongsi di Twitter itu mendapat lebih 82 ribu kali perkongsian. Walaupun perkara ini kelihatan lucu tetapi disinilah peranan ibu ayah untuk menerangkan kepada anak-anak mereka.