Alyah Di Hentam Teruk Gara-Gara Mulut Celupar Suami |
Tindakan itu dirasakan jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.
“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.
“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu keputusan drastik Elly meninggalkan program GV3 pada minggu keempat menimbulkan kemarahan peminat selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen Ramli yang mengaitkan dirinya dengan isu ihsan atau belas simpati.
Alyah berkata, insiden itu telah menyebabkan dia menerima kecaman teruk di laman sosial dan menerima beberapa mesej serta panggilan telefon.
“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.
“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya.