Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan
hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar
dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan
iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya
mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di
hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini
semalam.
Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didapati
mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram
di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada
pukul 12.40 tengah hari, 24 September lalu.
Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati
jika sabit kesalahan.
Video
Video