Lahhh, Rupanya Lakonan Jer. Ini Pasal Video Viral Bapak Kantoi Anak Jual Dadah Kat Terengganu. Nak Tau Sebab Apa Lakonan Baca Ni.



Kuala Terengganu: Rakaman video seorang ayah menjejaki dan menangkap anaknya bersama tokan dadah di pasar raya besar di sini semalam hanya lakonan sahaja.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Rohayu Ahmad berkata, lakonan oleh kakitangan AADK pusat dan negeri itu adalah sebahagian daripada program memerangi dadah oleh agensi berkenaan.
"Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke YouTube, sesuai dengan trend anak muda masa kini yang banyak menghabiskan masa di Internet.
"Lakonan berkenaan dijayakan di tempat tumpuan ramai bagi menarik perhatian pengunjung mengenai mesej yang ingin AADK sampaikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Video berdurasi lebih tiga minit itu viral di laman sosial selepas dikongsi netizen yang rata-rata memuji tindakan bapa berkenaan mengambil tindakan berani itu walaupun kebanyakan mereka tidak mengetahui ia hanya lakonan.

Sumber: Metro Harian Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 11:34 PM