Mayat dua beranak itu ditemui oleh penghuni kondominium berkenaan pada jam 2 petang dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di koridor tingkat satu.
Siasatan pihak polis mendapati, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, badan dan kaki.
Polis juga turut menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa di tingkat 32, iaitu tingkat paling atas bangunan kediaman tersebut.
Ketika kejadian, suami mangsa berada di rumah di tingkat sembilan. Mangsa memaklumkan kepada suaminya mahu keluar untuk membuang sampah bersama anaknya.
Bagaimanapun, dia terdengar bunyi benda terjatuh dari arah tingkap rumahnya dan keluar sebelum melihat mayat isteri dan anaknya.
Mangsa dilaporkan kerap mengalami kemurungan dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri sekitar Mei atau Jun lalu.