Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, bayangkan dari kehidupan normal tapi kini hanya mata mampu digerakkan, itulah yang terjadi kepada Wan Ahmad Wan Hanafi,27,selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Mac lalu.
Keadaan ini membuatkan adiknya Mohd Hasral Hakimi Wan Hanafi, 23 yang merupakan juruteknik di sebuah syarikat telekomunikasi terpaksa berhenti kerja demi menjaga abangnya dan juga ibu bapanya yang sudah uzur dan sering sakit-sakit.
“Saya nak jaga abang sehingga dia sembuh. Kami sangat rapat dan ketika kecil, abang selalu jaga saya memandangkan usia kami berbeza empat tahun sahaja, kini giliran saya pula menjaganya," tekad Wan Hanafi.
Bagi meringankan beban keluarga ini kami dengan kerjasan KELSS Malaysia telah membuka rayuan dana Khas untuk Ahmad.
Bagi sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh hulurkan sumbangan anda ke
8602 4983 68 CIMB
(Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial)
(Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial)
Tempoh kutipan dibuka hari in 25 hingga 30 September 2016.
Selepas 30 September kutipan akan ditutup dan kesemua dana yang masuk ke dalam akaun akan diserahkan kepada keluarga ini.
Bantulah mereka yang memerlukan, jangan tanya orang lain bantu atau tidak, tanya apa yang kita dah bantu...
Semoga En Wan Ahmad cepat sembuh.