Berita Tergempar: Pesawat Terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu



Kota Kinabalu: Bunyi siren selain asap tebal dan puluhan mayat bergelimpangan di landasan mengejutkan pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejak pagi tadi.
Bagaimanapun, situasi cemas itu cuma latihan besar-besarkan dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi menggambarkan keadaan sebenar pesawat terhempas sebelum usaha menyelamat dilaksanakan.
Pengurus Kanan MAHB KKIA Sunif Naiman berkata, meskipun senario itu hanya sekadar latihan, simulasi berskala penuh itu menunjukkan persediaan lengkap pihaknya bersama agensi berkaitan dalam memainkan peranan ketika menghadapi situasi sebenar.
"Latihan ini membabitkan lebih 800 kakitangan termasuk anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan St John Ambulance Malaysia.
"Seramai 150 sukarelawan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu turut menyertai latihan ini dengan melakonkan watak sebagai mangsa kejadian," katanya ketika sidang media sempena Perlaksanaan Simulasi Skala Pbagi Menghadapi Situasi Pesawat Terhempas di KKIA, dekat sini, hari ini.
Sunif berkata, latihan itu diadakan sebagai langkah bersiap sedia pihaknya ketika menghadapi sebarang kemungkinan selain membabitkan 30 agensi berkaitan.
"Kita juga mendapat penyertaan daripada sukarelawan untuk beraksi sebagai mangsa dalam kejadian ini supaya senarionya kelihatan benar-benar terjadi.
"Latihan ini dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang di landasan terletak kira-kira satu kilometer dari bangunan terminal," katanya.

LAGI GAMBAR KLIK SINI


Sumber: Harian Metro