Pernahkah kita terfikir mengapa ibu kita akan membasuh kembali pakaian yang ditinggalkan semalaman dijemur di ampaian sedangkan pakaian itu masih bersih dan belum digunakan lagi? Mengikut perkongsian daripada Ustaz Syahidan, aktiviti menjemur pakaian pada malam hari adalah tidak digalakan dan hendaklah seboleh-bolehnya dielakkan.
Penjagaan diri dan kediaman dari gangguan makhluk halus
Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu-pintu.
- Lazimi membaca & memasang ayat suci al-Quran di rumah.
- Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.
- Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan seperti tulang dan lain-lain sebab itu semua makanan jin.
- Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Elakkan dari membuka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan ‘kenderaan’ jin adalah angin.
- Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.
- Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
- Bagi rumah yang pintunya berhadapan dengan pintu-pintu yang lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus
- Kalau terlupa bagi salam masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
- Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
- Elakkan duduk di pintu.
- Selalu amalkan baca surah Al~Baqarah
- Selalu alih-alihkan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ini yang tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian.
- Angkat baju di ampaian sebelum waktu Maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu maghrib dan ke atas.