Kes pelanggan ditipu peniaga online sering berlaku pada hari ini. Lebih-lebih lagi apabila wang tersebut tidak dipulangkan. Semoga perkongsian padat ini mampu membantu dalam mendapatkan semula wang apabila pelanggan ditipu melalui transaksi online. Ianya mudah dengan menggunakan cara ini anda pasti akan mendapat balik wang anda. Apabila sedar sudah kena tipu, langkah pertama, ini penting dan wajib diingat.
1. Jangan update status di Facebook. Tak guna update dan viralkan di laman Facebook. Dengan cara itu tidak akan memberikan jaminan wang anda dikembalikan.
2. Buat laporan polis. Dalam laporan polis itu tidak perlu berhujah panjang lebar seperti:
- Barang tak sampai
- Peniaga dah lari
- Peniaga menipu
- Dan yang sewaktu dengannya
Sekiranya dalam laporan dinyatakan sebab-sebab di atas, peniaga online pun boleh buat laporan polis menafikan dakwaan itu. Akibatnya, kes ini tidak akan selesai, masing-masing nak tunjuk diri mereka yang betul.
Malah kes-kes seperti ini juga bukan tanggungjawab polis ataupun bank. Mereka ada banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Kes-kes seperti ini adalah remeh bagi mereka. Jadi jangan hairan jika kedua-dua pihak ini tidak mengambil tindakan jika laporan polis yang dibuat mempunyai alasan-alasan di atas tadi.
3. Semasa membuat laporan polis, tulis seperti ini :-
“Saya telah memasukkan wang ke akaun yang salah. Report ini bertujuan untuk rujukan pihak bank,”
Ayat di atas perlu dimasukkan dalam laporan. Jika tidak, pihak bank tidak akan sesekali melayan masalah anda.
Bila dah buat laporan polis seperti ini, terus ke bank dan tunjukkan laporan polis tersebut. Tindakan bank ialah mengarahkan pihak berkenaan (peniaga online) memulangkan wang anda.
Mungkin ramai yang bertanya sama ada cara seperti ini boleh berjaya?
Jawapannya, sudah tentu boleh! Kalau orang salah bank in RM20,000 ke akaun anda, apakah ianya tidak perlu dipulangkan? Anda ingat anda boleh keluarkan wang itu dan update di Facebook?.
“Yay!! Ada orang tersalah bank in pada aku RM20,000! Best giler aku! Aku nak shopping beli banyak-banyak barang!”
Dalam mimpi boleh, realitinya tak boleh. Wang itu perlu dipulangkan semula. Jika tidak, tunggu saja surat mahkamah atau yang sewaktu dengannya.
Insha Allah dengan cara ini wang anda akan dikembalikan.
4. Jangan trauma! Teruskan berbelanja secara online dan jangan lupa kongsikan langkah ini kepada rakan-rakan anda agar mereka tidak tertipu lagi. Jika tertipu teruskan bertindak!