Sarita berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapanya itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya jika memberitahu lelaki itu sering merogolnya jika tinggal di rumah berseorangan.
Bapa sering menyerang secara seksual sejak empat tahun lalu. Saya pernah cuba mengadu mengenai perkara ini, namun tiada siapa yang mempercayainya.
“Saya tidak mempunyai bukti. Jadi saya nekad mahu mengumpulkan bukti untuk menengakkan keadilan,” katanya.
Tambah Sarita, dia bertindak meletakkan telefon bimbit secara sembunyi di tingkap rumahnya untuk merekodkan perbuatan bapanya itu.
Video berkenaan kemudian ditunjukkan kepada ibunya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Lelaki yang berusia 53 tahun itu kemudiannya ditahan.
Saya tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapa itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya..