PENYANYI dan pemuzik tanah air, Namewee mencetuskan
kontroversi lagi apabila video muzik terbaru arahannya bertajuk 'Mimi' menerima
kritikan negatif daripada netizen, lapor Oriental Daily.
Lagu Mimi dalam video muzik itu dicipta Namewee sempena
kempen kesedaran mencegah kanser payu dara.
Bagaimana pun, lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi dari
Taiwan, Michiyo Ho itu mengandungi unsur lucah dan kurang enak diperdengarkan
kepada umum.
Malahan klip video yang diterbitkan berdurasi empat minit
empat saat itu turut mengundang beberapa model gadis yang hanya berpakaian coli
dan seluar dalam sebagai penari latar.
Ramai netizen menuduh Namewee telah memperalatkan golongan
wanita dan beranggapan klip video itu berunsur lucah.
Bagaimana pun, Namewee menafikan segala dakwaan berkenaan
dan semua pihak tidak patut menonton video muzik dengan pandangan negatif.
Beliau berharap sesiapa yang menuduhnya sebagai pengarah
yang tidak beretika supaya menarik balik kenyataan mereka kerana video itu
tidak mengandungi unsur lucah, sebaliknya menyedarkan masyarakat tentang kanser
payu dara.- Sinar Harian