Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang
masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana
perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.
“Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang.
“Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, ” ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Mohamad Shukri menambah, pasangan suami isteri digalakkan
untuk melahirkan rasa cinta sesama pasangan namun perlu dilakukan di
tempat yang sesuai seperti di rumah.