‘Ya Allah, Trauma Dah Aku Lepas Ni’ Pengajaran dan peringatan buat kaum hawa!


Pengajaran dan peringatan buat kaum hawa!
Kalau dulu biasa baca cerita-cerita orang tapi hari ini, 16 September 2016 aku sendiri yang alaminya sendiri.
Girls, kalau niat nak singgah tandas awam yang uniseks di mana-mana, dinasihatkan, baik korang tahan dulu hajat tu, cari tempat lain.
Tadi Nana baru saja diintai semasa Nana dalam tandas. Ya Allah, marahnya! Lagi kesal sebab tidak dapat tahu siapa si pelaku itu. Nasib baik sempat Nana sedar ada kelibat rambut kat belah atas pembahagi tandas.
Alhamdulillah, Allah SWT masih mahu bantu, sempat Nana jerit dua kali sekuat hati dalam tandas tu tadi. Kali pertama Nana jerit, dia tak mahu mengalah lagi, masih kaku di tandas sebelah. Tapi kali kedua, silaplah, memang Nana jerit sehabis-habisnya. Lari tak cukup kaki si ibils tu. Selipar pun tak sempat dia pakai dan ditinggalkan saja.
Betul-betul trauma nak masuk tandas awam dah lepas ni. Sudah tidak ada istilah suami kena teman di luar tandas lepas ni girls. Bawa je suami masuk tandas sekali. Jenis iblis bertopengkan manusia sekarang ini tidak kira orang, waktu dan tempat. Jenis asal boleh. Muka dan jasad jelas manusia, tapi peragai macam haram!
Nota: Tadi Nan terpaksa masuk tandas cangkung dan bukan tandas duduk sebab faktor kebersihan. Si tak guna tu panjat tandas itu untuk melepaskan nafsu serakah mengintai dari dalam tandas sebelah.
Tempat kejadian : Leha Kelfood, Taman Melati, Kuala Lumpur.
Pemilik kedai sudah minta maaf dan dia sendiri pun tidak sangka perkara macam ini akan terjadi. Katanya dia akan tutup dinding pembahagi tandas itu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.
Tujuan Nana pos kisah ini utk kesedaran umum. Supaya kita lebih berhati-hati, di mana-mana saja boleh terjadi perkara seperti ini. Orang jenis sangap ini di mana-mana pun boleh wujud.


screen-shot-2016-09-16-at-4-51-04-pm-png