Dua suspek yang merupakan adik beradik kembar telah menyamun sebuah kedai emas, menggunakan kereta Perodua Viva yang dipercayai kereta curi.
Difahamkan, rakan kepada pemilik asal kereta Viva tersebut terserempak dengan dua suspek, lalu cuba mengejar mereka. Dalam situasi kejar mengejar itu, tindakan suspek yang enggan berhenti di persimpangan lampu isyarat merah, mengundang padah apabila mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira, menyebabkan kereta mereka terbalik.
Siasatan pihak polis juga menemui beberapa alatan untuk merompak di dalam kereta tersebut, serta sepucuk pistol mainan