Cara Pantas Menghilangkan Stress


Kredit : timesupdate
Dalam kehidupan ini kita pasti tidak terlepas daripada sebuah masalah. Jadi, Anda Perlukan Cara Menghilangkan Stress Yang Berkesan.
Tahukah anda stress adalah penyebab utama orang menjadi gila! Untuk itu, anda mesti baca artikel cara menghilangkan stress ini sampai habis!Memilih makanan yang tepat bukan hanya menyihatkan tubuh tetapi juga boleh menghilangkan atau meredakan stress. Anda cuma perlu gabungkan aktiviti senaman serta kegiatan lain sehingga hidup anda terasa lebihbahagia.

Berikut beberapa jenis makanan yang perlu anda hindari. Ia merupakan salah satu cara menghilangkan stress yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.

  1. Minuman Bertenaga
Ketika sedang stress,minuman bertenaga atau penambah energi wajar anda hindari. Ini adalah kerana ia mengandungi kadar kafein dan gula yang tinggi yang mana boleh memburukkan lagi keadaan stress yang sedang anda alami.

  1. Makanan Yang Manis
Biasanya ketika sedang stress aka nada keinginan untuk menikmati makanan yang manis.Namun, efek bahagia dan tenang hanya terjadi ketika anda menikmati makanan tersebut. Makanan manis boleh meningkatkan kadar insulin dan menaikkan gula darah sehingga merangsang nafsu anda untuk makan dan makan lagi. Setelah makanan habis, anda akan kembali dibebani stress!

  1. Makanan Olahan
Makanan olahan seperti sosej, nugget atau kerepek banyak mengandungi sodium, lemak dan zat aditif yang boleh meningkatkan stress. Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam dapat meningkatkan tingkat kortisol (hormon membawa stress) pada tubuh seseorang.

  1. Makanan Pedas
Ketika stress, sistem penghadaman tubuh akan terganggu. Situasi ini akan menjadi semakin parah apabila anda mengambil makanan pedas. Selain itu, ia juga akan mengeluarkan gas yang membuat perut anda berasa tidak selesa dan sakit perut bagi anda yang memiliki perut yang sensitif terhadap makanan pedas.

  1. Kopi
Segala apapun jenis kopi, seperti vanilla latte atau mocha yang mengandungi sirup manis dan espresso mempunyai efek yang sama untuk meningkatkan stress. Kopi tinggi dengan kafein akan membuat anda terus berjaga sehingga sukar untuk melelapkan mata.