Foto: Sekadar Hiasan
Sakit Tengkuk. Sebenarnya ramai yang buat tak kisah dengan sakit di bahagian tengkuk.
Ini adalah kerana beranggapan lama-kelamaan ia akan hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan. Kadangkala sakit tengkuk ini mengganggu prestasi kita seharian sehinggakan emosi kita juga akan turut berubah.
Punca Sakit Tengkuk
- Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
- Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
- Berdiri terlalu lama.
- Penggunaan bantal yang tidak sesuai.
- Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
- Duduk membongkok di kerusi.
- Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
- Wanita yang memakai kasut bertumit tinggi.
Cara Untuk Mengelak Sakit Tengkuk
- Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
- Kekalkan postur yang baik ketika duduk dan berdiri.
- Apabila mengangkat barang, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda.
- Jika memandu jauh, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
- Bagi wanita, elakkan memakai kasut tumit tinggi. Memadai dengan memakai kasut bertumit rendah.
- Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
- Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
- Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.
Rawatan Untuk Mengubati Sakit Tengkuk
1. Senaman
Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan computer. Selain itu, selalulah regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.
2. Tuam Tempat Sakit
Tuamkan di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit dengan menggunakan ais. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit.
3. Bantal Tinggi
Tidur dengan bantal dalam kedudukan yang lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher anda.
Kebanyakan orang yang bekerja di depan komputer mengamalkan cara duduk yang tidak betul,sekaligus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit tengkuk ini ialah membetulkan postur badan ketika duduk. Malah pastikan juga postur badan anda turut betul sewaktu berdiri dengan berdiri tegak kepala menghadap ke depan.Pastikan belakang anda lurus.
Petua Tradisonal Menghilangkan Sakit Tengkuk Ketika Bangun Dari Tidur
Petua Pertama
Ambil bantal yang anda tidur tadi, lalu kibaskan atau pukul pada bahagian tengkuk yang sakit tadi. Anda akan dapati kesakitan tadi beransur-ansur hilang. Petua ini hendaklah diamal sejurus selepas bangun dari tidur.
Petua Kedua
Baca Bismillah… dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak 3x. Kemudian,tepuk bantal yang diguna tadi sebanyak 3x. Selepas itu,tidur semula. Insya-Allah sakit tengkuk anda akan pulih.
Petua Ketiga
Jemurkan bantal yang anda guna ketika sakit tengkuk itu.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini,