Pelajar Tingkatan Dua Mengandung Tujuh Bulan Tak Tahu Apa Itu Zina?


14 tahun, sepatutnya berada di Tingkatan 2. Tiba-tiba didapati telah mengandung 7 bulan. Terkejut si ibu. Anak sulung dan bapa, di dalam penjara. Tak tahu nak buat apa. Ibu buat laporan polis. Lelaki itu ditahan reman untuk siasatan. Tamat tempoh reman, dilepaskan seketika.
Kisahnya bermula dari Tingkatan 1. Si lelaki yang berada di Tingkatan 5 di sekolah yang sama, berkenalan dan bertukar nombor telefon. Sejak dari itu mereka seringkali bersms, balik sekolah pun selalu jalan bersama-sama.
Suatu hari, si lelaki hantar SMS minta tolong belikan makanan. Katanya lapar, di rumah pula tiada makanan dan ibunya pula pergi kerja. Tinggal di rumah itu hanya 3 adik beradik lelaki sahaja. Sudahlah si ibu jarang pulang ke rumah, nak pergi ke kedai pun tak ada kenderaan.
Maka pergilah si remaja perempuan itu menolong si lelaki itu membeli makanan dan hantarkan ke rumahnya dengan menaiki motosikal.
Ingatkan selepas hantar makanan, boleh terus pulang ke rumahnya yang didiami bersama datuk, nenek, adik dan ibu. Pada masa itu, ibunya bekerja.
Rupa-rupanya lelaki itu mengenakan umpan. Lalu diajaknya si remaja perempuan itu masuk ke dalam rumah untuk temankan dia makan sambil berbual-bual. Padahal, makanan yang dibeli hanya sebungkus sahaja.
“Masuklah, jangan takut. Adik-adik saya ada di dalam,” pujuk si lelaki.
Oleh kerana sayang, maka dia pun masuklah ke rumah lelaki itu dan temankannya makan. Mula-mula bersembang di meja makan di ruang dpaur. Adik-adik lelaki itu pula buat hal masing-masing di dalam bilik.
Sedang mereka makan sambil bergurau senda, syaitan dan iblis memulakan tarian. Usik mengusik melahirkan berahi dan akhirnya masuk ke bilik. Pujukan lembut membuatkan si remaja perempuan itu cair dan mengizinkan.
Dia naif akan akibat perbuatan zina, yang sebenarnya dia tak tahu pun apa itu zina. Ingatkan cuma suatu permainan yang mengasyikkan sahaja. Tiada kekesalan di wajah apabila ‘permainan’ tamat. Betul-betul ingat, itu cuma mainan. Kali pertama mereka ‘bermain’ pada bulan Ogos.
Kali kedua pada bulan Oktober. Balik sekolah jalan bersama-sama. Sampai saja di rumah si lelaki, lalu diajak masuk ke dalam rumah kerana katanya tidak sihat. Oleh kerana kasihan, si remaja perempuan itu temankan masuk rumah.
Mula-mula bersembang baik-baik, tolong ambilkan air untuk makan ubat. Selepas itu si lelaki minta dipicitkan kepada sebab sakit terkena panas matahari. Sentuhan jari jemari telah memulakan ‘permainan’ kali kedua. Masih berbaju sekolah, di ruang tamu rumah. Adik-adik si lelaki masih belum pulang kerana ada kelas tambahan. Tak payah buka uniform, terus selak dan bermulalah ‘permainan’ mereka. Tamat saja ‘permainan’, si remaja perempuan itu pun pulang ke rumah kerana bimbang terlewat dan dicari oleh datuk dan neneknya.
Kali ketiga ketika cuti sekolah akhir tahun, pada bulan Disember.Bosan tinggal lama di rumah dan tak ke mana-mana. Suatu hari si remaja perempuan merajuk dengan nenek, lalu lari dari rumah dan terus menuju ke rumah si lelaki.