20 Gambar Wanita Islam Rohingnya Dirogol Tentera Myamar Bergilir-gilir Manakala Kampung Halaman Serta Lelaki Dibakar Hidup-hidup

20 Gambar Wanita Islam Rohingnya Dirogol Tentera Myamar Bergilir-gilir Manakala Kampung Halaman Serta Lelaki Dibakar Hidup-hidup
20 Gambar Wanita Islam Rohingnya Dirogol Tentera Myamar Bergilir-gilir Manakala Kampung Halaman Serta Lelaki Dibakar Hidup-hidup

Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan. Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu. 

"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu." "Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan BERNAMA menerusi penterjemah di sini hari ini. 

Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari untuk menjadi mangsa kebuasan seks mereka. "Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka." 

"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul. Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan. Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak-anak kecil. Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit. "Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. 

Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya. Nur Khaidha yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya. Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia. Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian. Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri. 

Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia. Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol.

"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan." "Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.

Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia. Mereka tekad memulakan hidup baru. - BERNAMA - petikan berita tahun 2015 namun terkini lihat gambar2 dibawah




 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



- My News

YA ALLAH ! Rupanya Ini Punca Sebenar Anak & Bapak bertikam Sesama Sendiri, Akhirnya Anak Yg MATI Di Johor

YA ALLAH ! Rupanya Ini Punca Sebenar Anak & Bapak bertikam Sesama Sendiri, Akhirnya Anak Yg MATI Di Johor
YA ALLAH ! Rupanya Ini Punca Sebenar Anak & Bapak bertikam Sesama Sendiri, Akhirnya Anak Yg MATI Di Johor

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun, mati ditikam menggunakan pisau semasa pertengkaran dengan bapanya.

Beliau berkata pertengkaran itu yang turut disaksikan ibu mangsa, berakhir selepas mangsa maut akibat ditikam sekali dengan pisau di bahagian dada sebelah kiri manakala bapanya cedera dua tikaman dengan pisau iaitu di bahagian dada kiri dan di bahagian perut.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya selamat dan stabil,” kata Jokhiri dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam di tempat kejadian untuk berunding dan memujuk suspek sebelum dia ditangkap kerana masih berada di tempat kejadian iaitu di ruang tamu rumah bersama mangsa dan isteri suspek.

Sebaik ditahan, pihak polis terus membawa suspek yang berusia 54 tahun itu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu disebabkan perselisihan faham yang telah lama berlarutan dalam keluarga itu, khasnya berkaitan kekangan kewangan untuk menyara kehidupan keluarga,” kata Jokhiri.

Tambahnya, hanya ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja manakala tiga orang adik mangsa masih bersekolah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.


Sayu : "Dibah pergi dulu selamat tinggal ibu dan Ayah..hanya 6A UPSR ini dari Dibah" (4Gambar)

Sayu : "Dibah pergi dulu selamat tinggal ibu dan Ayah..hanya 6A UPSR ini dari Dibah" (4Gambar)
Sayu : "Dibah pergi dulu selamat tinggal ibu dan Ayah..hanya 6A UPSR ini dari Dibah" (4Gambar)

Anak bongsu pasangan guru, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, dan Ani Harun, 48, menghembuskan nafas terakhir ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, kira-kira 4 pagi ini.

Wan Mazlan berkata, anaknya dimasukkan ke hospital, 4 September lalu, selepas mengalami penyusutan berat badan yang amat ketara kerana hilang selera makan selain keadaanya yang agak lemah.


dibah pergi jua

dibah pergi jua 1

"Hampir tiga bulan arwah Wan Adibah mendapatkan rawatan di hospital, namun dia pergi dengan tenang, awal pagi ini. Kami sekeluarga reda.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas, selepas solat jenazah di rumah Kampung Dangar, kira-kira 11 pagi ini," katanya ketika dihubungi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Wan Adibah yang menghidap kanser kelenjar menjadi kebanggaan sekolahnya apabila memperoleh 6A dalamUPSR.

Allahyarham adalah antara tiga calon cemerlang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas dan dimasukkan ke HUSM.

Arwah dimasukkan ke ke hospital sejak 4 September lalu iaitu sehari sebelum menduduki peperiksaan itu.


(TERKINI) Zizan Razak Jatuh Sakit Secara Mengejut, Dikejarkan Ke Hospital

(TERKINI) Zizan Razak Jatuh Sakit Secara Mengejut, Dikejarkan Ke Hospital
(TERKINI) Zizan Razak Jatuh Sakit Secara Mengejut, Dikejarkan Ke Hospital

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, satu gambar telah dimuatnaik menunjukkan Zizan kini terlantar sakit di hospital.

Dari gambar, Zizan telah diusung di atas katil oleh beberapa jururawat di sebuah hospital.

Entri berkenaan dimuat naik dengan kapsyen: "Thanks to @ashraf_rahman9 @hafizarazak #demam #gws #zizanrazak"

Zizan dikatakan jatuh sakit kerana demam dan berterima kasih kepada dua orang yang menolongnya.

Terdahulu Zizan telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan tangannya yang berbalut dengan kapas seperti baru lepas dicucuk.

Menerusi Ig abangnya, dia memberitahu adiknya itu sudah semakin baik.

Ini komennya:
"Alhamdulillah... adik dah ok sikit... gws my little brother... "

Diruangan komen ramai peminat yang mendoakan agar Zizan Razak cepat sembuh.



zizan.jpg

zizan3.jpg

zizan2.jpg



KECOH….!! Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Jadi Tanda Tanya…. Kantoi!!! Pereka Fesyen Dedah 5 Gambar Candid Mereka 'Berdating'!! Pasti Anda Terkejut Beruk Melihatnya...

KECOH….!! Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Jadi Tanda Tanya…. Kantoi!!! Pereka Fesyen Dedah 5 Gambar Candid Mereka 'Berdating'!! Pasti Anda Terkejut Beruk Melihatnya...
KECOH….!! Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Jadi Tanda Tanya…. Kantoi!!! Pereka Fesyen Dedah 5 Gambar Candid Mereka 'Berdating'!! Pasti Anda Terkejut Beruk Melihatnya...

Sudah menjadi rutin Miss K untuk scroll laman Instagram selepas bangun je daripada tidur. Scroll punya scroll, Miss K terus tergumam melihatkan 'Insta Stories' seorang pereka fesyen yang merupakan rakan baik kepada Neelofa, Rosix Omar.

Menerusi 'Insta Stories' miliknya, Rosix merakamkan aksi Neelofa yang menemani Fattah Amin bermain futsal malam tadi.

Nampaknya, Neelofa memberikan sokongan kepada Fattah. Siap tunggu kat tepi court futsal tau.

Antara momen yang sempat dirakam oleh Rosix adalah aksi Neelofa menghulungkan air kepada Fattah yang kepenatan bermain futsal, aksi mereka berdua merakamkan foto selfie bersama dan aksi mereka berbual mesra.

Alahai, serasi betul mereka berdua ni. Sweet sungguh! Miss K tengok pun rasa macam nak potong kaki, sweet sangat sampai boleh kena diabetes. Haha!

Ha, sebelum ini kan mereka mereka dikatakan menjalin hubungan cinta, tapi masing-masing tidak mengiyakan perkara ini. Emm, Miss K rasa mungkin mereka berdua perlu masa dan ruang sendiri terlebih dahulu kot.

Berduyun peminat di luar sana mendoakan agar mereka ini benar-benar menjalinkan hubungan selepas keserasian yang ditampilkan menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot.

Jangan ambil masa lama sangat tau. Kalau benar bercinta, baik mengaku sahaja, nanti peminat bakal menyampah pula tengok aksi kemesraan dua orang sahabat. Oppps, hehehehe. Apa salahnya, Fattah solo, Neelofa pun single.

Miss K doakan yang terbaik buat Neelofa dan Fattah. Semoga mereka tidak hanya berjodohan dalam drama bersiri, harap-harap dia menjadi pasangan serasi di dunia yang nyata.

Miss K: Apa khabar agaknya pasangan bercinta Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa, Noor Nabila? Peminat dah tak sabar nak tunggu Sharnaaz naik pelamin ni!

Sumber asal: astrogempak

Difitnah Bayar Astro Agar Nora Dapat Lagu Sesuai, Suami Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Difitnah Bayar Astro Agar Nora Dapat Lagu Sesuai, Suami Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Difitnah Bayar Astro Agar Nora Dapat Lagu Sesuai, Suami Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang


Lapor Harian Metro, Johan telah merujuk dan mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berhubung perkara itu. 

"Buat masa sekarang, saya berdiam diri dulu. Tetapi jika selepas ini masih ada komen-komen yang dilemparkan berbaur fitnah, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis. 

"Saya sudah membuat salinan beberapa akaun netizen serta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya, perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga," katanya. 

Menurut Johan, perkara itu tercetus sejak minggu lalu apabila Nora didakwa menukar lagu daripada genre dangdut kepada rock pada minggu keenam Gegar Vaganza 3 (GV3). Pada minggu ketujuh pula, netizen mula menyatakan rasa tidak puas hati apabila Nora diberikan tugasan menyanyikan lagu sendiri. 

"Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa. Itu saya okay lagi. Tetapi apabila sampai tahap memfitnah, itu sangat keterlaluan. 

"Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Lebih teruk apabila ada yang komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Itu semua mengarut," katanya. 

Johan berkata, dia tidak akan membiarkan perkara ini berterusan kerana ia menimbulkan persoalan dalam kalangan anak-anaknya yang turut membaca komen itu. 

Semalam, Johan memuat naik status di laman Instagramnya berkenaan sikap kurang ajar segelintir netizen yang memfitnah dirinya. Dalam status itu, Johan menyelar tindakan netizen yang seolah-olah tidak sensitif dengan isu seperti itu. 

SAH ! Sejarah Hidup Pembunuh Budak 2 Tahun TERBONGKAR ! Patutlah Sanggup Membunuh ! Muka Nampak Baik, Tapi Sebenarnya ....

SAH ! Sejarah Hidup Pembunuh Budak 2 Tahun TERBONGKAR ! Patutlah Sanggup Membunuh ! Muka Nampak Baik, Tapi Sebenarnya ....
SAH ! Sejarah Hidup Pembunuh Budak 2 Tahun TERBONGKAR ! Patutlah Sanggup Membunuh ! Muka Nampak Baik, Tapi Sebenarnya ....

Suspek yang berusia 34 tahun itu dipercayai seorang penagih dadah di kalangan jiran di kawasan perumahan tersebut selain tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Lelaki tersebut dikatakan tinggal di sebuah rumah bujang bersama tiga penghuni lain sebelum membawa masuk teman wanitanya yang mempunyai dua orang anak iaitu kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dan lelaki berusia 2 tahun.

Wanita berusia 26 tahun itu bersekududukan dengan suspek yang juga teman lelakinya sejak dua bulan lalu selepas kematian suaminya.





Kebahagiaan yang diimpikan tidak menjadi kenyataan apabila ibu dan dua kanak-kanak tersebut menjadi mangsa dera sehingga anak lelakinya yang berusia 2 tahun dipukul sehingga meninggal dunia pada 9 November lalu dan disimpan di dalam tong ikan.

Jiran yang dikenali sebagai Norima berkata, ibu mangsa memberitahu mengenai kejadian tersebut selepas berjaya melarikan diri ketika teman lelakinya keluar dari rumah malam tadi.

“Dia memberitahu anak perempuannya cedera teruk selepas didera teman lelaki dan saya mahu menghantarnya ke hospital tetapi terkejut apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah meninggal dunia lebih dua minggu.

“Saya terus menghubungi kecemasan (polis) untuk datang siasat dan hasilnya penemuan mayat di dalam tong ikan,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa memaklumkan yang dia dan dua anaknya sering menjadi mangsa dera dan akan dikunci di dalam bilik setiap kali teman lelakinya keluar.

Katanya, pada malam kejadian itu, suspek terlupa mengunci pintu dan menyebabkan ibu mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan daripadanya.

“Sebelum ini saya pernah melihat anak lelakinya lebam di bahagian muka tetapi apabila ditanya, mereka memberikan alasan terjatuh bilik air,” katanya.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, tiga penghuni lain di dalam rumah tersebut terkejut dan tidak menyedari sudah dua minggu tinggal bersama mayat di dalam tong.

Mohd Hisham Mohamad; 29, berkata, tiada tanda luar biasa atau bau busuk di rumah tersebut dan penemuan mayat kanak-kanak itu menjawab misteri kehilangan tong ikan yang selama ini digunakan untuk menadah air.

“Kami jarang pulang ke rumah sejak wanita itu tinggal di rumah ini kerana tidak selesa dan selama mereka tinggal bersama, jarang dengar mereka bergaduh.

“Saya ada bertanyakan mengenai tong air tetapi dia (suspek) memberitahu tong tersebut diberikan kepada orang,” katanya yang terkejut apabila mengetahui tong ikan itu mengandungi mayat yang disimpan dalam bilik rakan serumahnya itu (suspek).

Dalam kejadian 1.25 pagi tadi, mayat kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun ditemui dibaluti dengan tilam (toto), kain batik dan pita pelekat di dalam tong ikan sementara kakak mangsa yang berusia 4 tahun cedera parah akibat didera teman lelaki ibu kandungnya.

Susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa dan teman lelakinya ditahan untuk siasatan.