(SERIUS SERAM) : HADAPI 4 KEMATIAN DI WAD DALAM TEMPOH 5 JAM. APA JADI SETERUSNYA BUAT RAMAI YANG CUAK !!!



Hadapi 4 Kematian Di Wad Dalam Tempoh 5 Jam. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai CUAK !!! | Peristiwa ini berlaku semasa saya posting di ward nephrology di alor setar, Kedah. Sewaktu itu, saya bertugas PM shift, iaitu daripada 6 pagi hingga ke 11 malam, dan keesokannya masuk semula jam 6 pagi.

Keadaan ward agak serabut petang itu, di kala rakan-rakan sudah pulang pada jam 7 malam, saya berseorangan menjaga ward. Di acute cubicle ada 2 pesakit on ventilator, iaitu alat bantuan pernafasan, without it, patient won’t have any ability to breathe on their own. 

Ada satu pesakit masuk jam 8.00 malam. Muda, awal 40-an, Pak Mail namanya. Pak Mail diletakkan di katil 15. Pak Mail ditemani isterinya, juga berumur lingkungan 40-an, bekerja di gerai makanan sebagai pelayan. Sejak dia masuk, keadaanya tenat. 

On portable ventilator daripada wad kecemasan. Raut wajah isterinya sugul, penuh kesedihan…manakan tidak, takut suaminya menemui ajal dalam keadaan kewangannya, dan tanggungan 5 orang anak kecil. 8.30 malam, satu pesakit di katil lain, katil 13 collapse, terus saya jerit kepada staff nurse untuk membawa emergency trolley.

“Commencing CPR, Kak Zue, please secure IV line, prepare IV adrenaline 1 ampule, once IV line secured, run normal saline fast. Attached cardiac monitor, I want to see the rhythm”…itulah tindakan reflex (yang sepatutnya – bukan Kak Zue buat CPR, saya nak call MO :-P)

Memang flatline, defibrillator tiada guna di situ. Defibrillator hanyalah digunakan untuk cardiac rhythm tertentu sahaja. Kalau flatline, tak boleh. Ini bukan drama swasta jam 7.00 di Tv3, yang mana semua patient collapse di “Karen”nya. CPR saya teruskan, 5, 6 minit, 7 minit saya penat, pancit. Prepare to change…change! Seorang staff nurse lain terus menyambung CPR, saya mengesat peluh didahi menggunakan lengan baju.

5 minit kemudian, Dr Akash tiba. Melihat keadaan pesakit, dia mengarahkan kami untuk meneruskan resuscitation. Tapi tidak berjaya. Keadaan ward jadi hiruk piruk, tangisan saudara mara pesakit memecah kesunyian malam taktala patient di”announce”kan masa kematian. Saya terduduk di kaunter, keletihan. Dr Akash segera menandatangani sijil kematian dan lain-lain dokumen dan beliau segera bergegas ke wad bawah, ada kecemasan katanya. Sedang saya mengisi borang kematian, terdengar teriakan staff nurse daripada katil 14 pula.

“Dr, patient collapse!!”
Pesakit itu pengsan sewaktu staff nurse tersebut sedang mengambil bacaan tekanan darahnya. Terus saya tolak emergency trolley daripada katil 13, ke katil 14, di sebelahnya sahaja. CPR dimulakan. Cardiac monitor dipasang. Midazolam diberikan. Midazolam adalah salah satu jenis sedative, untuk tujuan mengurangkan ketidakselesaan pesakit semasa intubation.

“VF!! Give me the defibrillator, set it to 200 Joules!! You, give the patient midazolam”
“One clear, two clear, everybody cleaaar!!”

Shock demi shock saya berikan. Sehinggakan boleh terhidu bau kulit pesakit yang hangus dek kena electric shock daripada defibrillator. Sehinggalah rhythm nya flatline pula, CPR dimulakan semula. 

Dr Akash tiba semula, tercungap2 dia bergegas ke sana ke mari untuk attend case emergency. 50 miinit, daripada patient collapse, sehinggalah resuscitation diberhentikan dan waktu kematian diumumkan kepada keluarga.

Sedang saya jalan ke kaunter, isteri Pak Mail menegur saya
“Doktor, suami saya mesti jadi orang ketiga kan malam ni”
Saya tidak tahu nak respons bagaimana, hanyalah memberitahu dia untuk berdoa banyak-banyak. Selesai patient kedua, sedang saya ke pantry untuk meneguk air kerana kehausan akibat CPR yang lama, patient ketiga pula. Katil 16, sebelah katil Pak Mail. Again, CPR dimulakan, dan semua prosedur dilaksanakan. Tiada respons, kepenatan dan pesakit meninggal dunia. Yang sedihnya, langsung tiada saudara-mara pesakit datang melikat pesakit untuk kali terakhir.

Walaupun dah di call juga, tak datang-datang juga. Selesai pesakit ketiga, saya keletihan. Peluh mencurah-curah membasahi kemeja saya. Saya masih tak sempat mandi dan menukar pakaian kerana hari tersebut memang sibuk. Penat gara-gara lama tak exercise, dan dek hari-hari pekena roti telur dan nasi lemak di kafe. Staff nurse lain juga kepenatan. Mereka harus menyelesaikan pesakit setelah mereka meninggal dunia….

Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. 10 minit lagi saya boleh kembali ke pangkuan katil saya di rumah. Isteri Pak Mail tidur memegang erat tangan Pak Mail. Semuanya normal sehinggalah sedang saya berjalan di acute kubikel, ternampak cardiac monitor Pak Mail flat.

“Kak! Tolong, patient collapse!! Tolong ambilkan trolley emergency cepat!!”
Kelam kabut staff nurse. Ada yang baru nak makan nasi, hanya sempat suap di mulut, dan kemudian basuh tangan dan segera attend patient sambil mulut tak habis mengunyah makanan lagi. Isteri Pak Mail terus keluar, dan menghubungi anaknya. Dr Akash juga tiba, berpakaian baru, mungkin dia sempat mandi gamaknya. CPR demi CPR, orang ditukar, ubat diberikan, masih langsung tiada perubahan terhadap Pak Mail. Jam 1145, Pak Mail diisytiharkan meninggal dunia. Kelima-lima anaknya tiba awal lagi semasa resuscitation dilakukan.

Saya speechless, saya thought block. Tak tahu nak cakap apa kepada isterinya, mujur ada Dr Akash di situ. Setelah menerangkan kepada pesakit tentang apa yang berlaku, isterinya akur. Dan tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa mengharapkan Pak Mail tergolong dalam golongan beriman.
Rakan saya, 

Dr Arifa tiba jam 11 lagi. Mukanya pucat, bukan sebab apa, sebab mendengar 4 patient meninggal dunia malam itu, dan beliau baru je nak memulakan shift kerjanya sehingga jam 6.00 pagi esok berseorangan.

Malam itu memberi pengajaran kepada saya. Ada juga yang berkata malaikat maut buat night round di ward berkenaan. Namun, ajal maut ditangan tuhan, kita tidak mampu mengubahnya. In fact, tarikh kematian kita dah pun ditulis sejak kita lahir lagi… KREDIT Fb Onn Azli via says.

Lelaki Ini PANAS Dengan Sikap BONGKAK Tuan Kedai Jual iPhone. Apa Tindakkan Lelaki Ini Buat Memang MENGEJUTKAN !!!


Lelaki Ini PANAS Dengan Sikap BONGKAK Tuan Kedai Jual iPhone. Tindakkan Lelaki Ini Memang MENGEJUTKAN !!! | Pelanggan mana tak marah bila barang ‘under warranty’ dinafikan dari diperbaiki. Lebih-lebih lagi jika barang tersebut mahal dan baru sahaja dibeli. 

Begitu juga bagi pelanggan dari China ini apabila beliau dimarahi pemilik kedai yang enggan membaiki iPhone yang dibelinya.

Laporan World Of Buzz memaparkan dua siri video pertelingkahan antara pelanggan dan pemilik sebuah kedai.

Pemilik kedai itu dengan bongkak berkata “Baiki? Baiki apa? Kalau ada duit belilah phone baru. Kalau tak ada pergi baiki di kedai lain!” katanya kepada pelanggan berkenaan.
Namun, pemilik kedai berkenaan tidak tahu bahawa pelanggan berkenaan sebenarnya kaya, lalu bertindak membeli 10 iPhone yang dijual di kedai berkenaan.

“Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya beli semua sekali,” kata pelanggan berkenaan yang dianggap tuan kedai hanya berjenaka.
Tidak teragak-agak dengan keputusannya, pelanggan berkenaan terus membayar pembelian berkenaan secara tunai dengan harga 63,000 Yuan (kira-kira RM38,900).
Selepas membuat pembayaran, pelanggan berkenaan meletakkan kesemua iPhone berkenaan di atas lantai dan mula memecahkan kesemuanya menggunakan tukul besi bersama rakannya.

Walaubagaimanapun, pemilik kedai itu dilihat masih bongkak dengan berkata “saya tidak rasa kamu boleh musnahkan kedai (perniagaan) saya” dengan memusnahkan 10 iPhone berkenaan.
Pemuda berkenaan kemudiannya bertanya “berapa harga kedai ini?”. “500,000 Yuan! (RM380,000)” kata pemilik kedai.
Well, kesudahannya sudah dijangkakan, pemilik kedai berkenaan membayar harga kedai berkenaan dan memusnahkan keselurahan premis berkenaan demi mengajar pemilik bongkak itu.



 

(VIRAL TRENDING) : "SIAPA BERANI CAKAP ANAK AKU DAH MATI?" LUAHAN TERAKHIR IBU JURURAWAT YANG SANGAT MENYEDIHKAN.


Ibu Nurul Ain yang mahu dikenali sebagai Norhayati berkata, tiada kesan lecur pada badan anaknya, hanya terdapat kesan hitam di badan pada hari kejadian dipercayai disebabkan asap. "Dia sesak nafas kerana terhidu asap dan ini berlaku ketika cuba menyelamatkan seorang daripada enam mangsa yang meninggal dunia," kata wanita berusia 45 tahun, yang menetap di Temerloh, Pahang.

Norhayati berkata dia akan menemani Nurul Ain sepanjang tempoh rawatan di HSI. "Syukur Alhamdulillah, keadaannya semakin stabil namun tidak pasti bila dia dibenarkan pulang. Dia masih belum dapat berbual dengan lancar dan hanya berkomunikasi dengan menulis," katanya.

Sementara itu, keadaan pelatih fisioterapi Siti Nurshafika Mohd Amsah yang cedera akibat terhidu asap dalam kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Selasa lalu, kini beransur pulih.

Kakak sulungnya, Siti Nurshakila, 25, berkata keadaan adiknya yang dirawat di wad 'High Dependency Unit', Hospital Sultan Ismail (HSI) stabil tetapi masih tidak dapat bercakap sepenuhnya.
Mengimbas semula detik cemas menerima berita yang menimpa adiknya pada hari kejadian,

Siti Nurshakila berkata ibunya yang berada di Sandakan ketika itu mendapat panggilan telefon daripada kolej tempat adiknya belajar kira-kira 11 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Mak terus menghubungi saya sambil menangis dan meminta saya datang ke sini (HSI) untuk melihat keadaan adik," katanya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Labuan.

Anak ketiga daripada empat beradik, Siti Nurshafika, 21, adalah penuntut tahun kedua Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.

Dia antara tiga petugas di ICU HSA yang dimasukkan ke HSI kerana terhidu asap ketika menyelamatkan pesakit dalam kebakaran itu.


Kahwin Isteri Kerja Kaunselor Sekolah. Minggu Pertama Je Dah Buat Ramai ORANG TERPANA!!


Aku x kenal dia. Org tgh yg kenenkan kami. Dia kaunselor sekolah. Dia cantik putih asal dr pantai timur. Akhir tahun aku sgt sibuk so x sempat la nak layan sms call dia. Siap aku ckp kalau ada laki lain masuk minang, terima je. Tapi dia tetap tunggu aku. Akhirnya kami pun kahwin. Seminggu lepas kahwin aku terkejut bila dia.........







(BIAR BENAR??) : LELAKI CERITA DETIK SERAM DIGANGGU "SESUATU" DI KM333 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2, KORANG YG SELALU JALAN PATUT BACA..


Tepat jam 8.35mlm kami pun bertolak dari Marang....

Dari marang... Kami lalu jalan dalam... Sampai keluar ke exit tol ajil.... Jalan dalam sini pun super gelap... Tapi buat biasa je la... Ok... Bermula atas LPT2... Mcm2 la dok borak dgn mem... Sambey makan satar... 16 hinggit Satar dok makan berdua... Then mifzal join jap mkn dua tiga ketul... Aku drive... Zue dkt sebelah mengupas satar... Then suap... Mkn dan bercerita... Lepas tu... Termasuk la cerita bab LPT2 nie dkt zue... Bila start dia cakap... "Sunyikan highway ni bang... X ramai orang guna pun..." huhuhuhu....

Aku pun cerita la citer2 kes kemalangan atas LPT2 ni yg aku tahu la... Sampai ke kes yg harimau kena langgar tu... Then zue pun sambut la... Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway.... Then aku pun ckp... Tu la... Kena hati2... Takleh cakap besau... Takleh cakap pelik2 atas highway nie.... Then aku ckp dah xmo satar dah kenyang....

Waktu nie.. Zue pun lap2 tgn guna tuala basah dan simpan la satar tu semua... Dia pun pusing ke blkg nak amik air... Then dia ckp... Abg ada gantung air sejuk ke dkt blkg seat dia tu... Aku pun paling la skali tgk... Air yg mana dia maksudkan..... Then............ Aku pusing ja depan balik.... Aku hanya mampu ucap... ALLAH! then aku terus diam....

Zue terus paling kedepan dan terkejut... Dia mula la tanya macam2... Aku diam dan sambil baca apa yg patut... Dlm 10min gak aku tak layan dia bertanya tu.... Last2 aku ckp... "Ayg tido lah...." makcik nie plak x sampai 1minit terus terlena....

Apa yang aku nampak???? Ok. Alhamdulillah... Aku kalau kena bab2 camni masih boleh berfikir dengan waras dan takde respon yg terkejut2... Critical thinking aku masih elok gak ram dia....huhuhu...

Waktu aku nampak tu... Aku terus jeling KM punya no. Di tepi jalan... Dan nombor dia KM333.6.... Memang aku ingat sebab stail aku mmg suka hafal no. KM nie incase ada apa2 yg jadi.... Oklah... Aku cite la apa yg aku nampak....

Dah panjang nau nie.... Aku nampak curahan darah macam baru lepas kena langgar atas lane kanan....then depan sikit sekujur tubuh budak2 yg mana tangan dia dah hilang isi2 dan hanya tinggal tulang sahaja....kepala dia di bawah besi divider tu.... Dan dlm keadaan auto cruise aku tgh ON 120kmh time tu... Aku tak sempat brake dan aku takmau mengelak... Aku redah.... Dan waktu tu la yg terpacul hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut aku....

Dalam fikiran aku... Aku mula la pk... Hmmm... Nie la padahnya dok cerita bukan2 dkt zue tadi nie.... Tapi rupa2nya bukan takat tu saja.... Lepas zue dah terlena.... Aku rasa ada something betul2 tepi tingkap aku... Tapi aku langsung tak toleh.... Dlm hati aku kuat dok kata... Ini bayangan perasaan aku ja nie.... Then aku tgk ada cahaya samar2 dari side mirror on passager side... Aku pun tgk la side mirror tu...

Then aku nampak ada something mcm kain terlekat dkt bontot kete aku... Aku terus toleh ke belakang... Aku nak tgk terus kain apa.... Then.... Time ni aku toleh tgk zue dok tido... Cuma... Tudung dia mcm dok toleh renung aku tepat.... Aku cepat2 pusing depan.... Rasa nak tau tu ada lagi... Aku pusing sekali lagi.... Then aku nampak mmg "tudung" zue tu betul2 tepi aku dkt arm rest dan zue dok tido elok ja... Aku paling depan dan beristighfar dan mula la baca macam2....

Akibat dah mula meremang bulu roma satu badan... Aku tepuk paha zue perlahana2... Aku kejut dia... Suruh tanggalkan tudung... Dia pelik... Aku x cite apa lagi... Aku ckp nampak ayg cam x selesa... Bukak la tudung... Lagipun dah gelap ni xde org nampak.... Dia buka tudung dan dia pun sambung tido....

Tak sampai 3 minit dia tido... Kali nie ujian aku kena agak lagi hebat.... Sepanjang highway aku jumpa tompokan darah2 merah.... Mcm benda baru kena langgar tu... Sampaikan mata aku pun dah nampak merah ja sepanjang jalan....

Aku amik air... Aku minum... Takut sebab aku dah letih sgt kot jadi camni... Then oleh kerana dah tak tahan...... Aku terpaksa gak kejut zue... Ayg..ayg... Bgn teman abg drive.... Then zue pun bgn... Dia tanya kenapa... Aku hanya diam seribu bahasa... Then dah mcm2 soklan dia dok tanya aku tak jawab.... Sepatah ja aku cakap.... "Takut"... Dia tanya lagi... Abg takut apa? Ha... Tadi apa yg abg nampak?? Then aku balas... Abg takut.... Teman abg.... Then aku terus diam...

Zue pun ajak la borak hal2 lain... Tapi aku tak berapa respon... Last skali aku ckp... "Ayg... Tgk jalan tar nie warna apa?" dia balas... Jap.... Kelabu la abg... Nape? Aku terus diam.... Lepas tu aku ckp... Abg nak ayg tgk jeeee jalan tar nie ye.... Ada la dlm 5min dia dok tgk... Timbul lagi tompokan darah yg seterusnya... Then aku ckp... "Haa... Ayg nampak tadi atas jalan?" dia ckp nampak apa bang?

Sama ja jalan tar nie.... Lepas tu aku ckp... Xpelah... Abg takut... Ayg jgn sambung tido... Terus teman abg borak.... Waktu nie aku set auto cruise 110kmh dan duduk lane kiri ja.... Perjalanan terus sampai lepas rnr perasing tu... Alhamdulillah...dah xde gangguan dah...

Aku pun mintak zue pulak yg drive... Sebab aku dah mengantuk... Dia sambung drive sampai la ke rumah... Kami sampai umah jam 2.12pagi dan masa atas katil baru aku cerita dkt dia.... Dia ckp dia mmg dah rasa pelik bila aku tiba2 tgh rancak bercerita dan tersebut "Allah" tadi tu...

Masa nak tido... Aku terlintas nak google... And... Aku jumpa cite pasal kemalangan di KM333 tu jugak... Aku tunjukkan dkt zue sambey mengucap panjang.... Allah hai.... Betul la abg ada eksiden.... Katanya.... Aku balas... Tapi... Tu eksiden pagi tadi..... Hmm... Wallahualam....

Sekian cerita aku....
Ikhlas dan benar....

Dari komen di ruangan komen Hazir Haron, pada malam itu bukan sahaja dia dan isterinya melalui saat menakutkan itu, tetapi turut terjadi kepada pengguna LPT 2 yang lain di mana Mumu Flavya telah berkongsikan yang dia turut diganggu pada malam itu.


(SILA AMBIL PERHATIAN) : BEGINILAH 40 CIRI-CIRI HARI MENJELANG KEMATIAN, SESEORANG AKAN MENGALAMI HAL INI, TAPI KEBANYAKAN KITA SEMUA TIDAK MENYEDARINYA



Kematian merupakan hal yang pasti dan akan menghampiri setiap mahluk yang bernyawa. Hal yang tak diketahui anyalah waktu datangnya, karena itu merupakan rahasia Allah SWT.

Namun, walaupun kematian tak diketahui datangnya kapan, sebelum kematian itu datang akan ada tanda-tanda yang mungkin dapat kita ketahui. Hanya saja biasanya seseorang tidak dapat menyadarinya.

Ada beberapa tanda, lebih spesifik 40 hari sebelum kematian menjemput, seseorang akn mengalami tanda-tanda seperti dibawah ini:

1. 40 hari menuju kematian
Tanda-tanda kematian ini juga muncul setelah masuk waktu asar, bagian pusat dari tubuh kita akan berdenyut. Itu pertanda bahwa daun yang tertulis nama kita dari pohon yang terletak di Arshy Allah swt. Telah gugur.

Lalu malaikat maut mengambil daun tersebut dan segera membuat persiapan diantaranya mulai mengawasi kita setiap saat. Dan sesekali malaikat maut menampakkan dirinya kepada orang yang akan dicabut nyawanya dalam wujud manusia, dan seketika itu pula orang itu akan terasa terkejud dan bingung melihat malaikat maut.

Walaupun malaikat maut wujudnya hanya satu tapi atas izin Allah swt, Dia mampu mencabut nyawa seseorang dalam waktu yang bersamaan.

2. 7 hari ketika kematian akan
datang Tanda ini muncul setelah masuk waktu asar, tanda-tanda kematian ini hanya
diberikan Allah swt Terhadap orang yang diuji Allah dengan Sakit, biasanya orang yang sedang sakit tak berselera makan, tiba-tiba ingin makan. Ini merupakan isyarat dari Allah bahwa kematian memang benar-benar sudah dekat.

3. 3 hari, kematian diambang pintu
Pada suatu saat akan terasa denyutan di tengah dahi kita, yaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini dapat dirasakan maka sebaiknya berpuasalah kita setelah itu. Supaya perut kita tak mengandung banyak najis, dan ini akan memudahkan orang lain utk memandikan jasad kita.

Setelah itu pula mata hitam kita tak bersinar lagi, dan bagi orang yg sakit, hidungnya perlahan akan masuk ke dalam, ini dapat terlihat jelas kalau dilihat dari sisi tubuh kita. Telinga akan layu dan berangsur-angsur masuk ke dalam.
Tapak kaki tegak berangsur-angsur lurus ke depan dan sukar untuk ditegakkan lagi.

4. Sehari sebelum kematian
Tanda-tanda kematian ini juga terjadi setelah waktu ashar, kita akan merasakan denyutan di bagian ubun-ubun, ini menandakan kita sudah tak sempat lagi melihat waktu ashar di keesokan harinya.

5. Tanda terakhir, Kematian Menghampirimu.!
Kita akan merasakan sejuk di bagian pusat, lalu turun ke pinggang dan akan terus naik ke bagian halkum.

Pada masa ini hendaknya kita sering beristighfar memohon ampun pada Allah, dan sering-sering membaca syahadat. Menata hati, memfokuskan fikiran kita hanya kepada satu arah yaitu Allah swt.

Dengan demikian semoga dengan sedikit pengetahuan menjelang kematian, kita punya kesiapan untuk menghadapinya. Namun begitu, semuanya kembali kepada Allah, maka berdoalah agar kita dapat menyadari tanda yang diberikan oleh-Nya supaya siap di Ajal kelak. Wallahu a’lam.


MASYA ALLAH SATELIT NASA SECARA X SENGAJA MERAKAM SATU BENTUK SEPERTI JAMBATAN MISTERI YANG MENGHUBUNGKAN INDIA DAN SRI LANKA HASIL KAJIAN LANJUT LEBIH MENGEJUTKAN LAGI USIA JAMBATAN TERSEBUT ADALAH MEMANG MCM X MASUK AKAL Juga, JOM LIHAT GAMBAR2..



Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.


Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.
Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai Adam Bridge.
Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.

2

Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama.
Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.

3

Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.
Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!

4

Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.
Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.

5

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).
Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.
Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan sejarah, masa dan teori kewujudan.

Trend Mengimbang HandPhone Atas Dada Landa Wanita Asia.





GADIS-GADIS di rantau Asia Timur ketika ini dilanda trend baharu iaitu imbang telefon bimbit dengan payudara atau dikenali sebagai Tawawa Challenge.

Fenomena ini difahamkan diinspirasikan melalui satu watak anime Jepun iaitu‘Tawawa On Monday’ yang mana salah satu watak perempuan menjadikan payudaranya sebagai tempat untuk meletakkan telefon bimbitnya.
Cabaran mengarut ini menjadi hangat dalam kalangan netizen wanita terutamanya dari China, Jepun dan Korea.
Sejak itu, ramai wanita telah memuat naik gambar diri mereka dalam pose yang sama, malah dengan mengimbangi pelbagai objek yang berbeza.
Trend Imbang HP Atas Payudara Landa Wanita Asia
Trend Imbang HP Atas Payudara Landa Wanita Asia
Trend Imbang HP Atas Payudara Landa Wanita Asia
Trend baharu ini bukan sahaja melanda kaum Hawa malah terdapat juga segelintir kaum Adam yang cuba mempraktikkannya pula.
Terdahulu pernah viral trend-trend pelik seumpama ini antaranya trend pinggang sebesar kertas A4 dan ukur kaki cantik menggunakan gajet iPhone6.



Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Sebab Kena Asid. Lihatlah Apa Jadi Dengan Wajahnya Selepas Itu Amat Mengejutkan.



KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.

Intan, 22, yang dikatakan mirip wajah penyanyi negara itu, Aura Kasih berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu.
Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.
Rakan mangsa, Ryan, berkata, Intan disimbah asid oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.
“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News.
Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.
“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lagi,” kata Ryan.
Sementara itu, Ryan memberitahu dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.
Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.
Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin. 


Makkah Nyaris Dibedil Peluru Berpandu Militan Houthi.




RIYADH – Tentera Arab Saudi dilaporkan berjaya memintas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak Syiah Houthi di Yaman untuk menuju ke kota suci Makkah.

Media tempatan melaporkan, pemberontak disokong Iran itu dikesan melancarkan peluru balistik jenis Scud buatan Rusia yang dikenali sebagai Burkan-1 pada jam 9 malam Khamis waktu Arab Saudi (2 pagi Jumaat waktu Malaysia).
Ia dipercayai ditembak dari wilayah Saada, kira-kira 544 kilometer dari Makkah, namun sistem pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkannya 65 kilometer sebelum ia sempat menuju ke lokasi sasaran.
Kementerian Pertahanan di sini berkata, serangan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan. Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ahmed Asiri menuduh Iran dan pengganas Syiah Hezbollah sebagai dalang misi serangan tersebut.
Kedua-dua pihak berkenaan dipercayai menyokong Houthi, malah melatih pemberontak Yaman tersebut dalam penggunaan teknologi senjata canggih untuk melancarkan siri serangan peluru berpandu jarak jauh sedemikian.
Dalam pada itu, agensi berita tempatan Saba melaporkan jurucakap Houthi mengesahkan serangan berkenaan, tetapi mendakwa ia sebenarnya konon disasar kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.
Mereka menjelaskan, sasaran peluru berpandu yang diubah suai itu ditetapkan untuk memusnahkan terminal lapangan terbang paling sibuk di Arab Saudi tersebut dan bukan Masjidil Haram, kira-kira 60 kilometer dari situ.
Namun dakwaan Houthi itu diragui kerana ini bukan kali pertama peluru balistik ditembak menuju Makkah atau kawasan sekitarnya sebagai kempen balas dendam atas siri serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi.
Awal bulan ini, agensi berita rasmi SPA melaporkan satu peluru berpandu dilancarkan Houthi dari sempadan Yaman ke arah pangkalan udara Arab Saudi di Taif, kira-kira 111 kilometer dari masjid terbesar umat Islam itu.
Kementerian Luar Yaman dalam pada itu mengutuk keras serangan tersebut sebagai bukti Houthi memang tidak mahu kepada usaha perdamaian dan menjadi ‘alat’ pemerintah Syiah Iran untuk memusnahkan negara berkenaan.
Liga Arab turut mengecam insiden itu manakala Al Azhar, institusi pengajian Sunnah terulung di Kaherah, Mesir menyifatkan serangan jahat tersebut tidak dilakukan oleh penganut Islam yang waras. – Agensi/