Lahhh, Rupanya Lakonan Jer. Ini Pasal Video Viral Bapak Kantoi Anak Jual Dadah Kat Terengganu. Nak Tau Sebab Apa Lakonan Baca Ni.



Kuala Terengganu: Rakaman video seorang ayah menjejaki dan menangkap anaknya bersama tokan dadah di pasar raya besar di sini semalam hanya lakonan sahaja.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Rohayu Ahmad berkata, lakonan oleh kakitangan AADK pusat dan negeri itu adalah sebahagian daripada program memerangi dadah oleh agensi berkenaan.
"Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke YouTube, sesuai dengan trend anak muda masa kini yang banyak menghabiskan masa di Internet.
"Lakonan berkenaan dijayakan di tempat tumpuan ramai bagi menarik perhatian pengunjung mengenai mesej yang ingin AADK sampaikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Video berdurasi lebih tiga minit itu viral di laman sosial selepas dikongsi netizen yang rata-rata memuji tindakan bapa berkenaan mengambil tindakan berani itu walaupun kebanyakan mereka tidak mengetahui ia hanya lakonan.

Sumber: Metro Harian Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 11:34 PM

Coretan Terakhir Pengantin Baru Ini Beri Tanda Perpisahan Terakhir.





KEHILANGAN orang yang tersayang bukan mudah untuk dilupakan. Hanya sempat bersama lebih kurang sebulan, lelaki ini terpaksa menerima ketentuan bahawa isterinya telah pergi selamanya.

Lebih menyedihkan, coretan terakhir arwah menerusi laman Instagram yang sempat mendoakan agar suaminya sentiasa tabah, kuat dan berserah kepada Allah menjadi petanda perpisahan selama-lamanya buat pasangan ini.
“Semoga Allah melindungimu, merahmati hidupmu, mengurniakan segala kebaikanNya kepada mu, mengurniakan rezeki dan kebahagiaan kepadamu… wahai suami ❤.
“Tabahlah, kuatlah, terus berdiri… Insha’Allah, semuanya akan jadi sebaiknya dengan izinNya. Mr. husband, i love you so much,” tulisnya.
Nafisah Salleh, 23, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumah sewa mereka di Taman Puteri Lagenda, Gurun, Kedah sekitar pukul 10.30 pagi, pada Isnin lalu.
Arwah yang baru bernikah pada 16 September lalu ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah oleh ibunya, Faziah Abdullah, 56.
Ibunya pada ketika itu datang untuk menghantar bubur caca diminta arwah sebelum itu.
Suami arwah, Mohd. Syafirul Salleh, 23, memberitahu dia dan isterinya lebih sebulan tinggal di rumah sewa itu selepas berpindah dari rumah ibu bapa masing-masing beberapa hari selepas majlis akad nikah.
Ketika kejadian, isterinya bersendirian di rumah kerana dia keluar bekerja di sebuah bank di Gurun sebelum ibu mentua menghubunginya dan memaklumkan arwah pengsan di rumah.
Difahamkan, majlis persandingan pihak perempuan bakal diadakan 8 Disember depan manakala di pihak lelaki pula selang dua hari kemudian.
Salam takziah dari kami warga kerja Mynewshub buat Mohd. Syafirul dan keluarga allahyarham. Semoga arwah isterinya itu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. –

Biar Betul? “Tak Dapat Layanan Istimewa Walau Hamil” - Adira




Walaupun sedang membawa kandungan berusia lima bulan, Adira memberitahu bahawa dirinya tidak pernah menjadikan alasan hamil sebagai satu kelebihan untuk dirinya mendapat layanan istimewa sebagai isteri kedua daripada suami berbanding madunya. Selain itu sejak hamil, suaminya, Datuk Seri Adnan Abu juga bersikap adil serta memberikan layanan sama rata, tanpa ada lebih atau kurang diantara mereka berdua.

“Saya sangat memahami situasi suami. Jadi, saya tak pernah menjadikan hamil sebagai satu kelebihan untuk mendapat lebih layanan atau keistimewaan lain. Suami bijak membahagikan masa sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain antara saya dengan isteri pertama, tak ada yang lebih atau kurang. Pendek kata dia berlaku adil. Alhamdulillah, dari segi emosi saya okey tetapi tak suka berada dalam keadaan yang bising”

“Saya juga tak suka memegang telefon dan seboleh-bolehnya saya tak nak menjawab sebarang mesej atau panggilan yang masuk. Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang mengeluh dengan sikap itu, saya mohon maaf. Saya bukannya sengaja, tapi itulah yang dinamakan pembawaan budak. Namun memasuki usia tiga bulan, saya okey dan kembali seperti sedia kala,” katanya kepada Harian Metro berhubung dengan perkara itu.

Wanita hamil sering mengalami bermacam alahan, ada yang mengamalami alahan teruk tetapi ada juga yang bernasib baik. Bagaimanapun, bagi Adira, pada awal kehamilannya, beliau lebih gemar untuk bersendirian selain tidak terlalu memikirkan mengenai kerja mahupun berada di tempat yang bising. Dalam masa yang sama juga, pada ketika ini alahan yang dialaminya juga agak teruk serta mengalami selera makan yang bertambah.


Apa? Janna Nick Batal Hasrat Tarik Diri Daripada Muzik-Muzik 31?





Sebelum ini, pelakon Janna Nick mengambil keputusan untuk menarik diri daripada separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang bakal berlangsung pada 4 November nanti ,  kerana sedar vokal serta kemampuan beliau sebagai penyanyi  yang tidak berpengalaman.

Namun,  beliau telah membatalkan hasratnya untuk menarik diri setelah dipujuk oleh penulis lirik serta komposer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak.
Saya terbabit dalam bidang nyanyian hanya suka-suka dan bukan untuk bertanding. Saya tak pernah menyimpan cita-cita untuk bersaing atau sebaris dengan penyanyi handalan sedia ada. Dalam erti kata lain, saya masih sedar diri.
Saya sedar kemampuan dan kualiti vokal saya, malah apabila muncul dengan single ini saya tahu di mana kedudukan saya. Jadi saya tak kisah sekiranya kalah dalam bidang muzik.
Janna sekaligus telah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau tidak boleh menyanyi secara langsung. Untuk pengetahuan anda, itu juga salah satu sebab Janna mahu berundur daripada program berkenaan.
Saya selalu menyanyi secara langsung. Ketika merakamkan lagu Mungkin Saja ia menggunakan suara asli saya dan bukannya ‘auto tune’.

Berilah peluang untuk Janna Nick membuktikan beliau juga mampu menjadi seorang penyanyi. Siapa tahu ada rezeki boleh ke peringkat final.

Hangat!! Sarimah Ibrahim Sah Cerai Dengan Talak Tiga.






Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat warga Australia, Andrew John Browning pada 15 Mei 2009 terhadap pelakon dan penyampai radio Sarimah Ibrahim sebagai sah mengikut syarak.

Hakim Syarie Umamuddin Yunus juga mensabitkan gugur talak tiga pada lafaz ‘I divorce you’ (Saya ceraikan awak) yang diucapkan sebanyak tiga kali oleh Andrew atau nama Islamnya, Amir Andrew Abdullah, 42, kepada Sarimah, 37, dan lafaz itu berbentuk surih yang jelas.

Umamuddin membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan kepada mahkamah berhubung perceraian mereka.

Terdahulu, dalam keterangannya, Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 Mei 2009.

“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh,” katanya.

Sarimah diwakili peguam Marlina Amir Hamzah manakala Amir tidak diwakili peguam.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas prosiding kes terbabit, Sarimah melahirkan kesyukuran kerana semuanya berakhir.

“Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” katanya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini selepas mengikat tali pertunangan, September lalu.

'Saya Tak Peduli, Masukkan Isteri Saya Ke Wad 1 Atau Saya Akan Telefon Pengarah Kamu Sekarang!'



"Isteri tuan perlu dimasukkan ke wad kerana jangkitan paru-paru," jelas doktor.

"Saya mahukan wad kelas 1. Saya penjawat awam gred **. Tolong jangan masukkan ke wad biasa," kata suami pesakit.

"Tetapi tuan, keadaan isteri tuan masih belum stabil untuk dirawat di wad kelas 1. Dia memerlukan pemantauan rapi pada ketika ini sedangkan wad kelas 1 hanya kami tempatkan pesakit stabil. Masuklah dahulu ke wad biasa dan kami akan aturkan untuk masuk ke wad kelas 1 apabila keadaan isteri tuan semakin stabil," besar harapan waris mendengar nasihatnya kali ini.

"Saya tak peduli. Kelayakan saya adalah wad kelas 1. Tak apa, saya akan telefon Pengarah kamu," ugut si waris.

Senario di atas amat biasa berlaku di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan. Apabila tidak dapat apa yang diminta, mereka menyangka kakitangan Jabatan Kecemasan sengaja menafikan hak mereka dan mula marah-marah.

Sebenarnya di hospital kerajaan,  tidak perlu kisah sangat tentang wad kelas mana. Rawatan untuk wad kelas 1, 2 atau 3 adalah SAMA. Perlu diingatkan bahawa wad kelas 1 memang tidak banyak biliknya di mana-mana hospital kerajaan. Dan kelayakan bagi wad kelas 1A (1 katil sebilik) ditetapkan oleh kerajaan untuk gred 45 dan ke atas. Bagi bilik kelas 1C (2 katil sebilik) pun kelayakannya adalah untuk gred 31 hingga 44. Jadi begitu ramai yang layak untuk dapat wad-wad kelas 1 ini sedangkan jumlah biliknya adalah terhad.

Juga, kes-kes yang dibenarkan masuk ke wad kelas 1 adalah kes-kes stabil yang tidak memerlukan pemantauan kerap. Kebanyakan doktor oncall dan kakitangan-kakitangan bertugas akan ditempatkan di wad biasa yang menerima kes-kes fresh yang tidak stabil. Oleh itu, pemantauan adalah lebih rapi di wad biasa sebenarnya. Hanya apabila pesakit-pesakit telah distabilkan pada hari ke 2 atau 3, mereka akan di pindahkan ke wad kelas 1 (jika layak) setelah mendapat keizinan pakar yang merawat.

Jadi apabila anda minta kelas 1 dan dimaklumkan tiada kekosongan, terimalah dengan hati yang terbuka. Masuk dulu wad dan kemudian akan diusahakan katil yang bersesuaian dengan kelayakan anda.

Anda perlu ingat bahawa masih ada orang lain yang lebih tinggi kelayakannya dari anda. Saya adalah seorang doktor pakar dan sudah semestinya kelayakan saya adalah bagi wad kelas 1A. Namun apabila isteri saya hendak bersalin, tidak ada kekosongan wad kelas 1A. Relax saja kami terima wad biasa. Isteri saya lagi seronok duduk di sana kerana dia dapat berbual dan berkawan dengan pesakit-pesakit lain.

Kami tak desak supaya diadakan juga wad kelas 1 seperti yang kami layak sebab memahami kesesakan hospital. Rawatan dan makanannya pun tidak ada bezanya. Sedangkan yang mengisi wad 1A itu pada ketika itu adalah orang yang gred gajinya lebih rendah dari saya. Kakitangan awam berjawatan tinggi perlu bersikap marhaen. Birokrasi melampau sesetengah kakitangan awam yang membuatkan rakyat meluat. - Doktor Abdul Rahman