Patut La Dah Tak Berlakon,, FOTO TERKINI PERUBAHAN SYATILLA MELVIN MEMBUATKAN RAMAI YANG TERKEJUT BESAR,,BIASA LA LEPAS KAHWIN KAN


Siapa tidak kenal dengan pelakon Syatilla melvin yang makin meningkat naik dek kerana Sudah Menjadi Isteri bersama pelakon Shaheizy Sam.

Terdahulu Syatilla Melvin pernah tampil dengan imej bertudung. Tertarik penulis lihat imej terbaru beliau namun imej bertudung tersebut hanyalah memenuhi tuntutan lakonan dalam drama dan sesi fotografi dalam memperagakan tudung.

Penghijrahan beliau untuk bertudung baru-baru ini benar-benar menggembirakan ramai hati ramai pihak yang tidak putus mendoakan penghijrahan beliau.

Tahniah diucapkan kepada pelakon Syatilla Melvin di atas penghijrahan beliau untuk bertudung. 

Comel! Cun habis! Jom layan beberapa gambar imej terkini beliau


Selepas Kematian Tuannya, Kucing ini Masih Enggan Berganjak Dari Kubur, Cuma Tinggalkan Sejam Dua Untuk Makan, Selepas Disiasat Ini Sebabnya




Seekor kucing yang merasa rindu akan tuannya tinggal di kubur wanita yang pernah memeliharanya itu di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia sejak setahun lalu.

Daily Mail melaporkan, seorang penduduk, Keli Keningau Prayitno berkata, pada awalnya dia menyangkan yang kucing itu tidak bertuan dan merasa pelik kerana setiap hari ia dilihat berada di kubur berkenaan.

Setiap hari kucing itu meninggalkan kubur berkenaan sejam atau dua, pulang ke rumah tuannya untuk makan makanan yang disediakan anak wanita berkenaan.

Selepas itu ia kembali ke kubur dan bermalam di sana,” katanya.

Keli berkata dia pernah cuba membawa kucing itu pulang untuk dipelihara namun kucing tersebut tetap kembali ke kubur tuannya yang dikenali sebagai Kundari.

Sudah setahun ia berada di kubur itu, tidak mahu meninggalkan kubur wanita yang pernah memeliharanya.

Anak Kundari memberinya makan dan minum setiap hari, selepas itu Ia berjalan ke kubur tuannya dan bermalam di situ.

Sungguh mengharukan,” kata Keli sebagaimana lapor Harian Metro.

Haha, Kedai Ni Memang Kelakar Sebab Anda Perlu Selesaikan Soalan Matematik Jika Mahu Guna WiFi Percuma Di Restoran Ini.


Jika diperhatikan pada hari ini, kebanyakkan restoran ada menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma untuk pelanggan mereka. Secara langsung ia merupakan satu stratergi untuk menarik pelanggan.
Tapi tidak semua WiFi percuma bebas digunakan, ada sesetengah daripadanya memerlukan anda untuk mengisi kata laluan terlebih dahulu.
Sebuah restoran masakan Thai di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada pelanggan mereka tetapi dengan satu syarat, mereka perlulah menyelesaikan soalan Matematik terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
Jawapan berupa kata laluan ini menjadi viral apabila salah seorang pelanggan memuat naik gambar soalan Matematik tersebut di laman Reddit. Menggunakan nama Joshua_Glock, dia kemudiannya meminta bantuan pakar Matematik untuk membantunya mendapatkan jawapan tersebut.
“Di manakan ahli-ahli sihir Matematik? Saya berazam untuk memecahkan kata laluan restoran ini,” tulisnya.
Soalannya mendapat banyak perhatian, ada yang cuba membantu untuk mendapatkan jawapan dan ada juga yang mengatakan soalan tersebut salah atau hanyalah sekadar helah semata-mata.
Setakat ini, tiada seorang pun yang berjaya mendapatkan jawapan soalan tersebut. Jika anda merupakan seorang yang pakar dalam Matematik, bantu mereka dapatkan akses internet percuma dengan menjawab soalan ini.

Korang Nak Tau, Ini Cara Anda Boleh Tuntut Hutang Gaya Along Kat Kawan Korang Tanpa Libatkan Keganasan. Last2 Mmg Org Tu Bayar Balik Hutang Korang


Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal. Jangan diamkan diri, ambil tindakan sewajarnya.
1. Hantar kad peringatan ke alamat rumah dan pejabat. Jangan hantar surat tapi hantar kad (macam poskad).
Tujuan biar orang lain pun boleh baca tuntukan tersebut.
2. Pergi ke tempat tinggal dan tuntut. Kalau dia tak ada rumah, tinggalkan pesan kepada sesiapa yang ada di rumahnya – bila dia nak bayar hutang dan tinggalkan kad (seperti no 1).
Tujuan untuk orang lain dalam rumah tu tahu yang si dia berhutang.
3. Pergi ke pejabat dia bekerja dan tuntut, tinggalkan pesan dan kad (seperti no 1) sebagai peringatan bila dia nak bayar hutang.
Tujuan, untuk rakan sepejabat tahu dia berhutang.
4. Cari pasangan (suami / isteri / BF/ GF) si dia kalau ada dan lakukan no 2 dan no 3 dan beri peringatan bila pasangan nak bayar hutang sebagai tekanan psikologi melalui pasangan.
5. Gunakan media sosial (sila tag mereka yang ada hutang dengan korang) atau buat posting ditujukan khusus kepada penghutang dan jika nilainya lebih besar , boleh juga buat iklan menuntut hutang di media sosial.
6. Cari anak penghutang (di sekolah atau di tempat kerja) dan kirim kad peringatan melalui anak penghutang.
Tujuan memberi tekanan psikologi.
7. Buat sepanduk tuntutan dan gantung depan rumah atau pejabat penghutang (gantung di tempat yang sukar di turunkan oleh penghutang).
Tujuan memberi tekanan psikologi melalui orang sekeliling.
8. Hantar kad peringatan kepada ibu bapa si penghutang.
9. Hantar kad peringatan kepada majikan si penghutang.
10. Lakukan langkah 1-9 dengan menggunakan notis tuntukan perundangan. Lebih berkesan jika menggunakan khidmat guaman.
11. Guna perkataan “sita”, “senarai hitam”, “muflis”, “saman”, “dosa”, “akhirat” dan sebagainya didalam kad peringatan atau notis tuntutan korang. Pandai-pandai la korang susun ayat
NOTA: Jangan lakukan sebarang tindakan keganasan atau merosakkan harta benda si penghutang. Ulang secara istiqamah sehingga hutang mula di bayar.

Ayat Lelaki Ini Memang WINS, Inilah Langkah Tuntut Hutang Cara Lembut Tapi Buat Si Penghutang Rasa Harga Diri Jatuh Ke Longkang, Haha Wajib Baca



Katakan kita pernah memberi pinjam duit kepada kawan yang mahu tambah modal kepada perniagaannya.
Kawan itu sekarang kelihatan mewah dan senang tetapi masih belum melunaskan hutangnya kepada kita.
Tetapi setiap kali ditanya pasal hutang itu ada sahaja jawapan dalihnya.
Cuba hantar mesej-mesej ini kepadanya:
1. Kalau kau tak mampu nak bayar penuh, bayar separuh dulu pun aku terima.
2. Kalau kau tak mampu nak bayar separuh, bayar suku dulu pun aku terima.
3. Kalau kau tak mampu nak bayar suku, ko ansur bayar RM1000 tiap bulan pun aku terima.
4. Kalau kau tak mampu nak ansur RM1000, ko ansur bayar RM500 tiap bulan pun aku terima.
5. Kalau kau tak mampu nak ansur RM500, ko ansur bayar RM200 tiap bulan pun aku terima.
6. Kalau kau tak mampu nak ansur RM200, kau ansur bayar RM50 tiap bulan pun aku terima tapi aku takut kau tak sempat lunaskan hutang kau untuk masuk SYURGA
Inilah kata-kata baik dan sopan yang akan membuatkan mereka terasa harga dirinya dipijak-pijak masuk ke dalam longkang.
Kita sepatutnya sentiasa menggunakan akal sihat bagi menilai risiko sebelum melakukan sesuatu.

Gadis Ini Telefonnya Dicuri Di Depan Mata, Memang Rezeki, Inilah Tip Sebelum Telefon Anda Dicuri Seperti Saya, Akhirnya Telefon Tersebut..


Rentetan peristiwa kehilangan telefon bimbit di Pavilion, saya kongsikan di sini agar lebih ramai berhati-hati selepas ini.
Pada 26/10/2016, seseorang yang menggelarkan dirinya Hafiz Leong Abdullah bersama isterinya Puan Jamilah menetapkan temu janji bersama saya untuk bertemu di Kafe Dome, Pavilion, Kuala Lumpur.
Tujuannya bagi membincangkan perihal tutor untuk tiga orang anak perempuan mereka. Sehari sebelum itu, kami telah berbincang dan bersetuju untuk mengupah saya sebagai private tutor anak mereka bagi subjek Matematik dan Sains.
Jam 2.50 petang, saya bertolak ke LRT Sungai Besi dan parkir kereta di sana dan menggunakan LRT untuk menuju ke Pavilion.
Dalam perjalanan, kedua-dua mereka tidak henti-henti menghubungi saya bertanyakan lokasi saya pada masa itu. Malah sebelum tiba di stesen Hang Tuah, Encik Hafiz sekali lagi call dan bercadang menukar lokasi pertemuan di Bukit Nanas.
Saya katakan saya tidak tahu lokasi tersebut dan kami bersetuju untuk bertemu di Pavilion saja. Saya tiba agak lewat. Sepatutnya kami bertemu jam 3.45 petang di sana.
Usai tiba, dia meminta saya menunggunya di British India yang berhadapan dengan Kafe Dome. Lima belas minit kemudian, datang seorang lelaki berusia anggaran 40 ke 50 tahun (melihatkan rambutnya yang dipenuhi uban), berkemeja kemas menghampiri saya.
Kemudian, kami duduk di Kafe Dome dan memulakan perbincangan. Dia bertanyakan latar belakang pendidikan saya sebelum ini. Mengikut pelan asal, temu janji ini akan disertai isterinya berserta dua anak mereka namun hanya Encik Hafiz yang hadir seorang.
Sedang saya menceritakan latar belakang, saya dihubungi isterinya. Perbualannya sebegini,
“Saya tak biasa dengan jalan dekat Pavilion ni, boleh tak Afiqah bagi telefon pada suami saya sekejap?”
Saya yang berfikiran positif ini turutkan sajalah. Yang sempat saya dengar suaminya bertanya sebegini,
Where are you right now actually?
Dek bingit dengan muzik yang dipasang di ruang centre, dia cuba menjawab panggilan isterinya di luar kawasan Dome. Silap saya membenarkan saja dirinya membawa telefon saya ke luar. Saya fikir mungkin sebentar saja.
Saya hairan melihat dirinya yang tidak pulang-pulang sehingga sejam kemudian. Instinct mengatakan saya telah di’scam’. Saya memberanikan diri untuk meminjam telefon dari pekerja di Dome. Saya benar, panggilan tersebut masuk ke voicemail!
Saya sudah tidak peduli malu, laju saja air mata mengalir masa itu. Sudahlah saya berseorangan dan pertama kali di Pavilion. Di’scam’ pula oleh seseorang yang saya fikir benar-benar ingin mendapatkan private tutor buat anak mereka.
Mujur saja pekerja di Dome membantu. Merekalah menghubungi polis bantuan dan membawa saya untuk membuat laporan polis. Saya sempat blok nombor tersebut dan digantikan dengan nombor yang sama tetapi sim baru.
CIMB juga saya hubungi kerna risaukan screenshot nombor akaun yang terdapat di dalam sana. Saya tiba di rumah hampir pukul 10 malam. Malam itu juga, saya tukar segala password apps yang ada di dalam telefon. Hanya itu yang mampu saya lakukan.
Di sini saya gariskan tindakan yang perlu diambil jika anda turut mengalami situasi yang sama:
1. Berhati-hati bila mana anda dihubungi oleh mereka yang berminat dengan perkhidmatan anda.
2. Elakkan memberi detail seperti alamat rumah dan gambar. Seperti kes saya ini, saya berikan saja detail tersebut. Kerana itulah dia cam saya semalam.
3. Bagi perempuan, elok dibawa bersama teman apabila jumpa orang tidak dikenali walaupun di tempat awam.
4. Catat nombor telefon yang penting di dalam buku agar boleh minta tolong dari keluarga atau kawan-kawan yang lain.
5. Blok nombor telefon secepat mungkin di pengendali perkhidmatan masing-masing.
6. Transfer gambar ke dalam external hard disk atau Google Drive. Saya hilang semua gambar tersebut.
7. Tukar semua password application yang terdapat di dalam telefon.
8. Buat laporan polis.
9. Akhir sekali, baca ayat kursi bila mana hendak keluar ke mana-mana sebagai pelindung.
Polis tunjukkan CCTV kepada saya semalam. Memang benar dia berniat untuk mencuri. Matanya melilau ke kiri kanan mencari CCTV. Tapi dia tidak tahu di kaunter juga terdapat CCTV.
Kes ini sudah wujud sejak 2013 lagi sehinggalah kini. Kebanyakan mangsa bertemu dan ditipu si ‘scammer’ di kawasan Kuala Lumpur. Saya bukanlah iPhone user, tetapi ASUS Zenfone 5 itu jugalah yang berminat di hati penipu tersebut. Doakan saya.