'Kepada Pemandu Lori Sweetie BNM9967, Saya Doakan Kamu Murah Rezeki'



Seringkali di Facebook, banyak perkara yang dikongsi dan diviralkan berkenaan dengan sifat pentingkan diri, sombong, ambil hak orang lain dan sebagainya. 

Hari ini, izinkan saya berkongsi kisah manis yang berlaku pada petang tadi. Lebih manis, di hari ulangtahun kelahiran saya dan hari pertama anak sulung saya, Aisyah mula bersekolah. 

Hujan lebat turun di sekitar Shah Alam petang tadi. Saya keluar dari perkarangan sekolah anak di Setia Alam lebih kurang jam 3.50 petang. Hujan masih lebat. Tidak lama keluar dari susur Setia Alam menuju ke Bukit Raja, kenderaan bergerak semakin perlahan sehingga sampai satu saat, langsung tak bergerak. Kalau bergerak pun mungkin satu langkah dewasa sahaja. 

Saya post di Shah Alam Residents's Group, bertanyakan jika ada sesiapa yang tahu mengapa trafik begitu teruk sekali. Rupa-rupanya ada kemalangan di mana ada sebuah treler melintang sebelum Tol Bukit Raja menyebabkan semua lorong ditutup. 


Di dalam kerada, ada bonda, Aisyah dan anak kedua, Khadeeja yang sudah lena. Aisyah mula mengadu lapar, mungkin penat dan keletihan selepas hari pertama bersekolah. Saya meminta beliau bersabar namun beliau sudah mula merengek. 

Kebetulan ada sebuah lori roti Sweetie di depan. Dalam hujan yang masih agak lebat, saya keluar dari kereta dan pergi mengetuk tingkap lori sebelah pemandu. 

"Boleh tak saya nak beli roti? Anak saya lapar," 

Lalu dia menyuruh saya menunggu dalam kereta, beliau akan hantarkan. 

Beliau datang memberikan dua jenis roti. Saya hulur RM20 untuk membayar tetapi dia beria-ria tidak mahu mengambil duit tersebut.

"Takpe kak, saya bagi," 

Akhirnya saya mengalah dan mengucapkan terima kasih. 


Allahu, sungguh terharu betul. Aisyah gembira dapat makan roti. Saya benar-benar mendoakan beliau dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah dan dilindungi perjalanannya sepanjang beliau bekerja. 

Anak-anak, bonda dan saya sendiri dapat alas perut dengan roti yang diberi selama sejam terperangkap dalam trafik tidak bergerak (mungkin lebih dari sejam). 

Adik, pemandu lori Sweetie BNM9967, saya doakan agar segala urusan kamu dipermudahkan sebagaimana kamu telah memudahkan urusan saya dan menggembirakan hati anakanda saya.

1 September 2016, sungguh ini hadiah hari lahir yang saya akan ingat sampai bila-bila. 

"Macam mana awak boleh terfikir nak keluar dari kereta dan ketuk lori depan?" soal kawan.

"Entah, saya pun tak tahu bagaimana saya boleh terfikir untuk berbuat begitu. Mungkin saya sudah mula rimas dengan Aisyah yang merengek bila lebih dari 20 kali sebut perkataan lapar."

Saya beritahu pada Bonda bila Bonda kata, "Entah-entah dia kena hantar saja kot? Takde lebih"

"Tak cuba tak tahu, kalau tak boleh  tak apa. Kalau dia boleh bagi beli, rezeki kakak," saya jawab. 

Alhamdulillah. Roti Kaya Pandan dan Roti Mexico perisa kopi, terbaik! Masa matriks dulu, saya ketagih beli roti Sweetie isi coklat. Saya akan hubungi majikan beliau secepat mungkin sebagai tanda penghargaan. - Nurul Bariah

Koleksi Contoh Resume Lengkap Terbaik Dan Terkini | SUMBER RUJUKAN KORANG




Koleksi Contoh Resume Lengkap Terbaik Dan Terkini | SUMBER RUJUKAN | Zaman sekarang sememangnya terlalu banyak persaingan bagi mendapatkan pekerjaan dalam Sektor Swasta mahupun Sektor Kerajaan. Hal ini berlaku kerana graduan-graduan lepasan Universiti semakin bertambah dengan begitu mendadak manakala peluang pekerjaan bertambah secara sederhana sahaja.

Selain itu, faktor permohonan yang tidak menepati syarat seperti yang dimahukan oleh pihak majikan juga menyebabkan permohonan di tolak. Jadi, langkah pertama sebelum dipanggil untuk sesi temuduga, anda haruslah mempersiapkan Resume yang lengkap dan menepati syarat.
lihat cara & contoh RESUME, Klik TAJUK ENTRI ni
Sebenarnya tiada format rasmi menulis resume terutamanya dari segi susunan. Ianya bergantung kepada individu masing-masing. Namun harus di ingatkan bahawa resume yang terlalu panjang dan meleret adalah resume yang tidak bagus dan resume yang terlalu pendek juga menyebabkan banyak data yang diperlukan tertinggal. Jadi, disini kami sediakan beberapa Contoh Resume Lengkap Terkini bagi menjadi panduan anda semua.

=======================================

Nicholas Azizan
No. 2, Jalan Mata Kuching
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh:Nicholas Azizan
Umur:20 tahun
Tarikh lahir:30 Jun 1984
Bangsa: Melayu
No. K/P:84xxdd-aa-ssss
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Julai 2007
Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2003
Institusi: Sekolah Datuk Abdul Razak
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2000

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

•Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006
•Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000
•Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999
•Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999
•Mewakilli sekolah, catur, 1998

KEMAHIRAN

•Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
•Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word,
Excel dan Power Point)
•tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik

-------------------------------------------------------

Nama anda
Alamat
Tel Rumah & Hp
No Kp

OBJEKTIF

Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar.

PENDIDIKAN

Memperoleh ......................................................................................

KERJA KURSUS YANG BERKAITAN

Mekanik Tanah.....................................................................................

KEJAYAAN

Ahli Pertubuhan Pelajar asing
Pelajar Terbaik Anugerah............................

KEKUATAN 

Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dsb............

LOKASI

Malaysia/Sanggup untuk bertugas diluar negara tugasan sementara.

TARIKH BERMULA

Dengan Serta Merta

GAJI

RM...........................(Boleh di runding)

RUJUKAN

Kepilkan yang berkenaan

--------------------------------------------------------------------

Muhammad Bin Ali
10, Jalan Keembong 9/12,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru,
Johor.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh: Muhammad Bin Ali
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 20 Mei 1992
Bangsa: Melayu
No. K/P: 920520-11-xxxx
Warganegara: Malaysia

MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Julai 2007

Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2003

Institusi: Sekolah Datuk Abdul Ghaffar
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2000

PENGLIBATAN KO-KURIKULUM

Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006
Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000
Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999
Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999
Mewakilli sekolah, catur, 1998

KEMAHIRAN

Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik.

---------------------------------------

Contoh Resume Lengkap, Sektor Swasta

Contoh Resume Lengkap

--------------------------------------------------

Contoh Resume Lengkap, Sektor Kerajaan
rujukan Abe: Fuh.My

MISTERI: Lagi Kisah Tentang Lagu BERHANTU






Sebenarnya, nilah 'Post' yang pertama yang Abe 'create' tapi terpaksa Abe 'Hibernate' dulu atas sebab tertentu... Abe dahulukan dulu untuk 'published' 'post' SERAM: Lagu Ini BERHANTU?  sikit masa dulu... Korang nak layan cerita yang erm... agak mistik jugaklah... Ni bukan cerita baru... Tapi tak ramai tahu. Korang ingat tak lagu Aku Tak Biasa, yang penyanyinya Alda. Tapi ni bukan pasal lagu Aku Tak Biasa... Ni pasal lagu lain. Lagu ini sangat menakutkan ok.. Abe kompem takkan dengar lagu ni waktu malam lebih-lebih di dalam umah ni dan berseorangan..  

Abe agak tertarik dengan nama Alda ini hanya selepas apa yang berlaku pada kawan abe & selepas Abe mendengar cerita kawan seopis Abe.. (credit to: Ina 'Ratu Enterprem' & Zairin)


Sedikit sejarah mengenai Alda Risma.. Penyanyi dari negara seberang, Indonesia ini popular dengan lagu Aku Tak Biasa pada tahun 1998.. Kemudian ditemui mati dalam keadaan tragik dengan terdapat kesan suntikan jarum di tangan di sebuah hotel di Indonesia pada Disember 2006..


Abe tak penah dengar lagu ni sebelum ni. 'It's this haunting melody from' Alda yang ramai tak pernah dengar. Takda klip video asal untuk lagu ni, yang ada nipun mungkin telah dibuat oleh 'Fans' Arwah agaknya. So korang layan. 'Just click play' sambil baca cita Abe kat bawah. Kisahnya.. ni antara lagu terakhir yang di rakam oleh Alda... Korang carik wikipedia - Alda Risma baca sendiri. Rupa-rupanya dia pada mulanya, difikirkan telah mati akibat dos berlebihan dalam bunuh diri selepas kesan-kesan suntikan ditemui pada dirinya... Kemudian, teman lelakinya dikaitkan dengan kes ni... 
Kalau dengar lagu ni, korang akan perasan sesuatu yang pelik dengan lagu ni... 
Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

Sejauh manakah kebenarannya, Abe tidak tahu. Bila Abe google lagi, Abe dapati ada versi lain lagu ini yang berbunyi lebih kurang sama... Tajuk di sini ialah Rintihan Kuntilanak dan kononnya dinyanyikan oleh The Panas Dalam... 

Abe tidak tahu ia ada kaitan dengan Alda atau x... Tapi bila Abe hayati tul2 lirik lagu ni, ada perbezaan sikitterutamanya dalam lirik..Dalam baris ketiga dari korus, 'Ayo' atau ayuh, digantikan dengan kapan Mati lagi sekali... dan garis berganti ketiga dengan yang pertama... takde 'bunuh diri'... 
Abe agaklah yang kumpulan The Panas Dalam buat 'cover' lagu ni kot, huhuhu. Entahlah... My song of the moment (minus gelak yang seram tuh yang tak sesuai nak dengar nak feeling emo malam-malam, lirik tanpa kaki and rambut terurai... imaginasi Abe jadi menggila sikit)

Abe taktau laa citer ni betul ke x... Abe try cari citer dr internet... Citernya macam ni, selepas 3 hari lagu ni dirakamkan... Polis jumpa mayat Alda mati dalam sebuah hotel... xpasti sama ada mati bunuh diri @ dibunuh...Yang pasti mati sebab overdose.... Tapi, lepas forensik cek mayat dia... Didapati dia dah mati 7 hari.... So...saper yg gi rekod lagu tu??? Hurm... lagu tu plak... Tetiba jer dah siap rekod... Pengurus pun taktau mana dtg... So... Apa pendapat korang??? 

Dan bila kawan seopis Abe gtau pasal ni, agak bingung utk Abe pk.. Abe cuba untuk memahami apa yang berlaku ni tapi sampai la ni Abe masih kabur.. Sehingga saat Abe siapkan entry ini, Abe sendiri masih tidak faham apa sebenar di sebalik lagu itu dan Alda.. Namun perlu diakui elemen seram itu ada.. Terpulang kepada semua untuk menilai..


KISAH NYATA 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW | WAJIB BACA


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLASkepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Misteri Penyakit Keloid, Parut Hodoh Yang Hidup!


Keloid [3]
Keloid

Pernahkah anda ternampak seseorang yang mempunyai kesan melecur pada badan? Kemudian wujud pula kesan timbul seperti bekas parut yang masih baru dan bekas parut itu kelihatan kemerah-merahan.

Fenomena ini selalunya disebut sebagai parut hidup. Tapi tahukah anda parut sebegitu boleh membesar dan menutupi kulit seseorang. Inilah yang dinamakan sebagai Keloid.

Sehingga hari ini, tidak ada kajian lanjut mengenainya, malah sampai sekarang pun, ahli dermatologi dan saintis tidak tahu apakah punca yang menyebabkan keloid berlaku.

Boleh dikatakan semua saintis sepakat mengatakan tiada sebab munasabah yang logik untuk membuktikan bagaimana keloid boleh terjadi.

Keloid terbentuk di atas kesan parut sedia ada. Kemudian, ia akan membesar dan menutup kesan parut lalu menjadi semacam ketumbuhan pada kulit.

Caranya seakan sama dengan tumbuhan parasit yang menumpang hidup pada sesuatu tumbuhan.

Istilah perubatan menjelaskannya sebagai Hypertrophic Scar iaitu kesan parut di tempat yang sama di sesuatu bekas luka.

Hypertrophic scar
Hypertrophic Scar.

Secara mudahnya, Keloid merupakan parut yang membesar, menaik dan mempunyai bentuk yang tidak sekata.

Ia terjadi disebabkan oleh pembentukan kolagen yang berlebihan di dalam korium (lapisan kulit daripada komponen sel, elemen fiber dan matriks di bawah epidermis untuk memberi ketebalan pada kulit) semasa pemulihan tisu penghubung berlaku.

Menurut pakar, sesiapa saja berpotensi mendapat Keloid tetapi ia lebih mudah menyerang orang yang berkulit gelap. Setakat ini, belum ini ada penjelasan logik mengapa Keloid gemar menyerang orang berkulit gelap.

Malah saintis di serata dunia juga tidak menemui jawapan, cuma ada beberapa pengkaji mengaitkannya sebagai faktor genetik tetapi ia bukanlah jawapan wajar untuk menjelaskan kenapa ia menyerang mereka yang berkulit gelap.


Sehingga ke hari ini, Keloid dianggap sebagai satu misteri dalam dunia perubatan kerana ia tidak boleh disembuhkan dan tidak ada teknik atau kaedah yang mampu merawatnya.

Seseorang yang diserang Keloid akan mendapat kesan parut seumur hidup.

Proses tumbesaran Keloid kadang-kala boleh menyebabkan kecacatan terutamanya jika ia tumbuh di kawasan berhampiran deria seperti mata, telinga dan sendi.

Lazimnya, mangsa serangan Keloid akan berdepan dengan beberapa gejala seperti gatal dan pedih pada tempat terjadinya Keloid. Gejala ini dapat dikurangkan namun ia akan berterusan sepanjang hayat.

Setakat ini, Keloid dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak bahaya kerana ia tidak boleh menyebabkan kematian.

Keloid [2]

Walau bagaimanapun, ia mampu menyebabkan seseorang merasa malu dan rendah diri kerana kesan parut begitu jelas kelihatan.

Lazimnya Keloid menyerang di lokasi segi tiga tubuh badan iaitu leher, bahu dan dada.

Walaupun terdapat rawatan yang disediakan oleh pihak perubatan kepada pesakit, rawatan yang disediakan hanyalah bertujuan untuk mengurangkan tumbesarannya sahaja tetapi untuk menghilangkan Keloid, adalah mustahil kerana ia merupakan parut kekal.


Zika masuk Malaysia: Wanita Klang sah dijangkiti, kes pertama di negara ini.


KLANG: Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata wanita yang bekerja sebagai konsultan kewangan di Petaling Jaya itu menaiki bas bersama suaminya untuk mengunjungi anak perempuan mereka di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.

Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Katanya, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.

Katanya lagi, kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu yang terletak di Taman Botanik, Klang.

Kawalan vektor nyamuk akan turut dilakukan di sempadan-sempadan Singapura dan Malaysia, termasuk dalam kenderaan yang datang dari Singapura, terutamanya kenderaan awam seperti bas.


Dalam pada itu, beliau menyarankan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga agar nyamuk Aedes tidak membiak di kawasan rumah dengan memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan mengelak daripada air bertakung.

Di samping itu, orang ramai boleh mengambil langkah penjagaan sendiri seperti membeli ubat nyamuk dan memakai pakaian menutup kulit pada waktu pagi dan malam untuk menghalang daripada digigit nyamuk Aedes.

Selain melalui gigitan nyamuk Aedes, virus Zika boleh merebak melalui pemindahan darah (blood transfusion), aktiviti seks tanpa perlindungan dan pencemaran laboratori.

Virus tersebut didapati boleh tinggal di dalam badan manusia berbulan lamanya, enam bulan bagi lelaki dan dua bulan bagi wanita.

Wanita mengandung yang dijangkiti virus Zika adalah yang paling berisiko tinggi kerana ia memberi kesan serius kepada bayi dalam kandungan.

Virus tersebut boleh menyebabkan bayi dilahirkan menghidap mikrosefali yang menyebabkan keadaan saiz kepala bayi menjadi kecil daripada biasa dan sering kali dikaitkan dengan perencatan mental.

Bayi yang dilahirkan dengan gejala mikrosefali juga berisiko untuk meninggal dunia. 

Dr Subramaniam berkata ibu-ibu mengandung di Malaysia yang khuatir dengan kewujudan virus Zika dalam negara boleh mendapatkan nasihat lebih lanjut dengan pakar perubatan perbidanan masing-masing dan melakukan ujian darah atau air kencing jika perlu.

Manakala orang ramai yang ada melawat negara-negara dengan rekod virus Zika dan mempunyai simptom-simptom jangkitan seperti demam, mata merah, ruam dan sakit sendi boleh segera ke klinik dan hospital berdekatan untuk membuat ujian.
Katanya, terdapat 17 pusat perubatan di seluruh negara untuk membuat ujian virus Zika.

Tambahnya, kementerian tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengeluarkan travel advisory(nasihat perjalanan) kepada warga Malaysia yang ingin berkunjung ke negara-negara yang mempunyai rekod kes Zika seperti Singapura.

Beliau berkata langkah itu tidak perlu kerana ia boleh membawa komplikasi yang lebih besar.

Menurutnya terdapat lebih 200,000 warga Malaysia yang sedang bekerja di Singapura termasuk mereka yang berulang-alik dari Malaysia.

Setakat ini, lima warga Malaysia di Singapura dilaporkan dijangkiti virus Zika dan sedang dirawat di hospital dalam keadaan stabil.


"Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa Aku Yang Kena??" Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!



Nak dijadikan cerita, aku tengah berkepit dengan doktor bedah di dalam bilik doktor, menanti pesakit datang. Selepas beberapa ketika, datang seorang perempuan kurus lingkungan umur 30’an dengan seorang lelaki, suami dia, masuk ke bilik.
Temah (nama samaran), datang ke hospital sebab asyik sesak nafas dan batuk tak berhenti-henti. Lambat juga dia datang ke hospital. Katanya sebelum ini dia hanya mengambil ubat batuk yang dibeli dari farmasi sahaja. Dia juga telah pergi ke bahagian general medicine, tetapi tiada perubahan. Oleh itu, dia dirujuk ke bahagian Surgery.
Doktor periksa akak ini, ambil sample sana sini dan suruh pergi ambil x-ray. Aku perhatikan kakak ini, seriously sangat kurus.
Sambil menunggu keputusan laporan dari lab pesume, Temah berceritalah tentang cuti sekolah nanti, inshaAllah mereka sekeluarga nak bercuti. Dia cerita tentang anak-anak dia. Suami dia yang nampak kebosanan, tiba-tiba keluarkan rokok dari poket dan meminta izin untuk keluar sekejap.
Sampai saja laporan lengkap dari semua jabatan, aku tengok fail pesakit itu. Tertulis, Small Lung Cell Cancer Stage IIIB.
“Ya Allah! Kanser dia dah advanced!”
Doktor cuba sampaikan berita yang dia menghidap kanser tersebut. Kakak itu terdiam seketika dan kemudian terus menangis di depan kami. Aku terkedu pada masa itu, tak tahu nak buat apa. Doktor cuba tenangkan dia tetapi dia tidak berhenti menangis.
“Apa salah saya sampai kena macam ni?”
Sebak hati ini melihat dia menangis. Ikutkan hati, aku pun mahu menangis sama.
“Saya solat 5 waktu seperti muslim yang lain, tak pernah lawan cakap mak ayah dan suami. Kenapa saya yang kena? Anak-anak saya nanti macam mana?”
Bunyi dia macam terus hilang harapan walaupun belum mula treatment lagi. Doktor hanya mendengar saja luahan hati dia sampailah dia habis meraung dalam bilik itu. Suami dia? Masih merokok di parking lot hospital gamaknya.
Bila dia dah balik dengan mata bengkak, doktor terus pusing pada aku dan kata, dia kasihan dengan orang baik seperti itu.
“Dia tak buat salah tetapi dia terkena tempias penyakit atas perbuatan orang lain. Memang makin berat ujian kita sebenarnya, Allah semakin sayang pada kita. Tetapi tak semua orang perasan perkara itu. Ada orang bila dapat tahu berita buruk, memang tak boleh fikir positif dan waras pada masa itu. Biasalah manusia,” katanya.
“Suami dia smoker. Kalau dia duduk rumah terperap tak terdedah dengan udara luar yang tercemar, macam mana pun, suami dia masih dedahkan dia dengan asap rokok dalam rumah,” sambung doktor sementara menunggu pesakit yagn seterusnya.
Aku terdiam.
“Suami dia light smoker. Merokok untuk mengisi masa lapang sahaja. Itu yang buat saya rasa bertambah kasihan dengan akak tadi.
“Sebab light smoker ini bukan ketagih dengan rokok pun. Mereka cuma nyalakan puntung rokok itu sebagai habit. Habit sebenarnya senang nak dibuang. Disebabkan dia tak buang habit itu, dia tingkatkan risiko dan isterinya terkena kanser,” jelas doktor.
Seriously!?
“Yes, habit. Habit menyalakan puntung rokok. Bila tengah stress, nyalakan rokok. Bila tengah tunggu bas, nyalakan rokok. Bila tengah tunggu lunch, nyalakan rokok. It’s a habit. Habit that might kill someone,” katanya.
Aku menjadi marah bila dengar tentang facts habit ini. Kalau addicted aku boleh tolerate lagi sebab aku tahu memang susah nak berhenti dari ambil nikotin. Tetapi habit, habit kills people that you love.
Guys, aku dulu pun smoking. Heavy smoker pula tu. Tetapi aku sudah berhenti. Kalau heavy smoker boleh berhenti, why not you guys? Ah, kau nak cakap nanti bila tak merokok, kawan-kawan ejek sebab tak nampak cool? Weh, seriously lembiklah kalau kau rasa inferior kawan-kawan ejek. Lantaklah kawan nak ejek ke apa.
Nak kata sebab susah nak stop? Ingat sikit, aku heavy smoker pun survive stop merokok okay. Heavy smoker lagilah siap ada withdrawal syndrome bagai. Seksa! Tetapi aku survive.
Dalam Al Quran pun dah kata, jangan memudaratkan diri.
“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (dan membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu” – Surah An-Nisaa, ayat 29.
Sila rajinkanlah buka Al Quran dan baca surah Al-Baqarah ayat 195 pun menerangkan tentang jangan membinasakan diri. Aku bukanlah ahli ulama nak mengharamkan rokok, tetapi aku pesan dari segi agama janganlah kau nak memudaratkan diri. Mungkin kau tak kena, tetapi orang lain boleh kena.
Kepada Kak Temah, please be strong. Dear smoker on habit, please stop smoking and chew a gum instead. – Said the Surgeon incharge.
Jangan ada yang komen kata sakit, penyakit, ajal maut itu semua takdir Allah. Mahu ada yang kena terajang dengan aku. – Student Nerd